Berita

Kos jana elektrik meningkat 45 peratus susulan peningkatan harga arang batu -- KETSA

Datuk Seri Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Peningkatan harga arang batu telah menyebabkan kos penjanaan elektrik meningkat sebanyak 45 peratus, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini. 

Namun begitu, katanya, kerajaan telah mengambil keputusan untuk memberi rebat sebanyak dua sen per kilowatt jam untuk pengguna domestik bagi tempoh Februari sehingga Jun 2022. 

"Kerajaan menampung subsidi sebanyak RM715 juta, yang mana kita menggunakan dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik. Kita tidak kenakan apa-apa surcaj walaupun ia sepatutnya dilepaskan kepada pengguna," katanya ketika menggulung perbahasan usul perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) di Dewan Rakyat, hari ini.

Takiyuddin berkata antara Julai sehingga Disember 2021, sebanyak RM1.672 bilion telah dibelanjakan untuk pembayaran bahan api bagi penjanaan elektrik yang sepatutnya dilepaskan kepada pengguna bagi tempoh Februari sehingga Jun 2022. 

"Harga sebenar dengan kenaikan harga arang batu yang mendadak di pasaran global telah mencecah US$105.09 setan metrik berbanding harga yang diunjurkan pada 2021 hanya US$67.45 setan metrik. 

"Ia bermakna pertambahan kenaikan harga bahan api sebanyak US$37.64 setan metrik. Inilah yang menyebabkan mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api Tidak Seimbang (ICPT) ini terpaksa mengenakan kos dilepaskan kepada pengguna komersial dan industri dengan surcaj sebanyak 3.70 sen per kilowatt jam," tambahnya. 

Beliau berkata, pengguna komersial dan industri digalakkan untuk meneroka potensi tenaga solar menerusi pemasangan sistem solar bagi kegunaan sendiri dengan menyertai satu program di bawah KETSA iaitu Program Skim Pemeteran Tenaga Bersih 3.0. 

“KETSA juga menyarankan pemain industri untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara cekap dengan menggunakan peralatan yang dikategorikan ‘four star’ dan ‘five star’ yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga,” katanya.  

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]