Berita

Samaiden bekerjasama dengan Chudenko cari peluang dalam tenaga boleh diperbaharui



KUALA LUMPUR, 7 Mac -- Samaiden Group Bhd (Samaiden) telah memeterai perjanjian kerjasama perniagaan (BCA) dengan Chudenko Corporation (Chudenko) untuk meneroka peluang dalam bidang tenaga boleh diperbaharui (RE) di Malaysia serta pasaran luar negara.

Chudenko ialah pemegang saham penting Samaiden dengan pegangan ekuiti sebanyak 15.15 peratus.

Syarikat tenaga boleh diperbaharui itu berkata BCA itu akan membolehkan Samaiden berkembang ke luar negara dengan memanfaatkan rangkaian Chudenko.

“Kerjasama perniagaan yang berpotensi akan merangkumi perniagaan tempatan, luar negara dan rentas sempadan, pengembangan dan kerjasama antara Samaiden dan Chudenko di Malaysia atau di luar negara,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Ia juga melibatkan pelaburan atau usaha sama dalam projek RE, termasuk projek tenaga solar atas bumbung untuk pelanggan Jepun, dan bekerjasama dalam memperkenalkan teknologi pada operasi dan penyelenggaraan (O&M) projek RE.

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden Chow Pui Hee berkata kerjasama itu membolehkan kumpulan memanfaatkan pengetahuan teknikal Chudenko.

"Sebaliknya, kepakaran RE Samaiden boleh menjadi bernilai dalam inisiatif penyahkarbonan Chudenko," katanya dalam satu kenyataan media.

BCA itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas pendapatan, aset bersih dan penggearan Samaiden bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022,

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]