Senarai Berita

BSLCorp ambil alih SD Unify, tingkat dedahan dalam sektor semikonduktor

KUALA LUMPUR, 6 Sept -- BSL Corporation Bhd (BSLCorp) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilalihan firma berpangkalan di Singapura, SD Unify Pte Ltd (SD Unify) yang menjadi sebahagian daripada perancangan untuk mengembangkan dedahan dalam sektor semikonduktor.


SEDANIA, Pos Malaysia meterai kontrak untuk kurangkan penggunaan tenaga

KUALA LUMPUR, 6 Sept -- SEDANIA Innovator Bhd (SEDANIA), melalui anak syarikatnya SEDANIA Technologies Sdn Bhd, telah menandatangani kontrak dengan Pos Malaysia untuk mengurangkan penggunaan tenaga berdasarkan konsep penjimatan bersama.


HEP Bakun mulakan operasi pelepasan air secara terkawal pada 8 Sept

KUCHING, 4 Sept -- Sarawak Energy akan memulakan operasi pelepasan air bermusimnya secara terkawal dari kawasan tadahan di hulu Loji Hidroelektrik (HEP) Bakun pada 8 Sept, yang akan berlanjutan selama lima minggu, sehingga paras airnya kembali normal.


‘Biomass kepada Tenaga’ bantu negara sedia bekalan tenaga hijau - MIGHT

KUALA LUMPUR, 2 Sept -- Agenda peralihan tenaga baharu menerusi projek ‘Biomass kepada Tenaga’ (BTE) dijangka membantu negara untuk menyediakan bekalan tenaga hijau bagi kegunaan masa hadapan, kata Kumpulan Industri-Kerajaan untuk Teknologi Tinggi (MIGHT).


Unit Solarvest peroleh projek LSS bernilai RM175 juta di Perlis

KUALA LUMPUR, 1 Sept -- Unit milik penuh pakar tenaga bersih Solarvest Holdings Bhd, Atlantic Blue Sdn Bhd (ABSB), memperoleh projek solar berskala besar (LSS) bernilai RM175 juta di Chuping, Perlis daripada Classic Solar Farm Sdn Bhd.


Solar PV di UTC Perak mampu jimatkan bil elektrik MBI

IPOH, 1 Sept -- Pemasangan panel solar fotovoltaik (PV) di bumbung bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini mampu memberi penjimatan hingga RM2.5 juta penggunaan bil elektrik kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi tempoh 21 tahun kontrak menerusi Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE).


Plus Xnergy perkenalkan program solar sewa-untuk-dimiliki kepada isi rumah Malaysia

KUALA LUMPUR, 26 Ogos  --  Syarikat penyedia tenaga bersih Plus Xnergy Holdings Sdn Bhd telah memperkenalkan program solar sewa-untuk-dimiliki, yang dijangka dapat membantu mengurangkan bil elektrik bulanan isi rumah Malaysia.


Handal Energy akhiri penurunan enam tahun catat keuntungan bersih bagi tahun kewangan 2021

KUALA LUMPUR, 25 Ogos -- Handal Energy Bhd kembali meraih keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2021, buat pertama kalinya sejak tahun kewangan 2016, merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM227,000 berbanding kerugian bersih RM25.28 juta dalam tempoh yang sama setahun lalu.


TNB jual bon dalam projek tenaga hidro Bajoli Holi di India dengan nilai RM67.04 juta

KUALA LUMPUR, 24 Ogos  -- Tenaga Nasional Bhd (TNB), melalui anak syarikat milik penuhnya, TNB Topaz Energy Sdn Bhd (TNBTE), menjual kesemua 105.6 juta unit daripada pelaburan Peringkat 1 dalam debentur boleh tukar wajib (CCD) yang dikeluarkan oleh GMR Bajoli Holi Hydropower Private Ltd (GBHH) yang berpangkalan di India dengan nilai 1.176 bilion rupee India (RM67.04 juta).


Sabah berpotensi besar dalam kerjasama rentas sempadan BIMP-EAGA

KOTA KINABALU, 23 Ogos -- Sabah mempunyai banyak potensi dalam kerjasama rentas sempadan meliputi sektor-sektor ekonomi utama yang telah dikenal pasti oleh Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]