GEORGE TOWN, 13 Feb -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mencari pendekatan teknologi hijau bagi meningkatkan pembangunan sekali gus meminimumkan degradasi kualiti persekitaran dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata pihak KPKT menyokong inisiatif hijau oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk memasang struktur bumbung dan juga penggunaan tenaga solar di Jambatan Harapan iaitu jambatan lingkaran untuk kegunaan pejalan kaki dan penunggang basikal.
"MBPP akan menggunakan tenaga solar untuk mendapatkan bekalan tenaga dan sepatutnya ia juga boleh digunakan oleh pihak swasta.
"Kita akan berbincang dengan Suruhanjaya Tenaga tentang bagaimana peluang-peluang ini boleh diwujudkan kerana inisiatif hijau juga boleh mendatangkan penjimatan," katanya kepada pemberita ketika melawat projek tersebut.
Sementara itu, Datuk Bandar MBPP Datuk Yew Tung Seang berkata KPKT sentiasa menggerakkan pihak PBT untuk melaksanakan projek bermanfaat kepada masyarakat yang mana pihak MBPP mendapat peruntukan RM700,000 untuk rangka bumbung solar bagi projek Jambatan Harapan.
"Kita memanfaatkan cuaca yang cerah melalui penggunaan tenaga solar, yang mana ia dapat menjana 400 kilowatt tenaga yang cukup untuk digunakan oleh 70 unit rumah teres dua tingkat.
"Kami merancang untuk melaksanakan projek solar ini sebanyak mungkin di seluruh Pulau Pinang tetapi kami perlu melihat perkara ini dengan Suruhanjaya Tenaga terlebih dahulu, sama ada ini boleh digunakan dan dikongsi dengan pihak ketiga,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]