KUALA LUMPUR, 23 Feb -- Lebih 1.8 juta unit meter pintar Tenaga Nasional Berhad (TNB) dipasang, sekali gus mencapai matlamat pemasangan meter itu dalam usaha menambah baik perkhidmatan kepada pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Baharin Din berkata TNB berjaya melepasi sasaran memasang 1.8 juta meter itu sebelum penghujung 2021 hasil kerjasama pengguna dan sokongan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Suruhanjaya Tenaga, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
“Terima kasih kepada pengguna di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Melaka, yang memberikan kerjasama hingga kami berjaya memasang lebih 1.8 juta meter pintar.
“Kejayaan ini membolehkan TNB mendukung usaha kerajaan meningkatkan perkhidmatan kepada pengguna melalui penyediaan akses, ketelusan dan kawalan penggunaan tenaga lebih baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemasangan meter pintar merupakan satu daripada inisiatif Grid Masa Depan iaitu TNB perlu membuat pelaburan semula berjumlah RM9 bilion hingga RM10 bilion setiap tahun bagi memodenkan Grid Nasional.
“Grid Masa Depan mengadaptasi teknologi pintar, automatik dan digital bagi memastikan kecekapan, keboleharapan dan kelestarian yang maksimum di samping menyokong kelestarian tenaga masa depan,” katanya.
Baharin berkata melalui meter pintar itu serta gabungan portal dan aplikasi myTNB, pengguna boleh memantau corak penggunaan dalam Ringgit Malaysia atau kilowatt-jam (kWj), melihat notifikasi penggunaan semasa pada hujung kitaran bil, dan impak penggunaan tenaga terhadap alam sekitar.
Pengguna boleh mengamalkan tip kecekapan tenaga yang boleh dilayari di http://www.tnb.com.my/ untuk memanfaatkan maklumat meter pintar dan mengurangkan pelepasan jejak karbon.
TNB mula memasang meter pintar sejak empat tahun lepas di Melaka dan pemasangannya akan diperluaskan di Semenanjung secara berperingkat supaya 9.1 juta pelanggannya akan mendapat manfaat meter pintar menjelang 2026.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]