Berita

Huawei Malaysia jalin kerjasama untuk bina ekosistem tenaga negara



KUALA LUMPUR, 24 Feb -- Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd menjalinkan kerjasama dengan KVC Industrial Supplies Sdn Bhd (KVC Industrial Supplies) dan JJ-LAPP (M) Sdn Bhd (JJ-LAPP Malaysia) dalam satu majlis memeterai perjanjian berasingan untuk membina ekosistem tenaga negara bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Huawei Malaysia berkata perkongsian itu akan membantu membuka jalan kepada negara untuk mencapai status neutral karbon menjelang 2050 melalui pembuatan solar, dan bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan menggunakan teknologi fotovoltan solar (PV) untuk memajukan peralihan kepada tenaga digital hijau.

"Kerjasama dengan KVC Industrial Supplies dan JJ-LAPP Malaysia ini akan menyaksikan kedua-dua rakan kongsi menumpukan kepada sokongan jualan, pengedaran dan perkhidmatan rangkaian inverter PV Solar Huawei di seluruh negara," kata Huawei dalam satu kenyataan.

Kedua-dua pihak adalah pengedar utama inverter  PV solar Huawei di Malaysia.

Huawei Malaysia akan menjadi penasihat teknologi kepada kedua-dua pihak, mengeluarkan produk dan menjalankan latihan produk untuk menyokong pembangunan hidrogen bersih dan teknologi boleh diperbaharui yang lain.

Ia juga akan melengkapkan rangkaian produk KVC Industrial Supplies dan JJ-LAPP Malaysia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk PV solar dan tenaga di dalam negara.

Sementara itu, dengan penggunaan elektrik dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2040 di Asia Tenggara, Huawei Malaysia berkata Malaysia adalah antara pasaran tenaga solar yang paling pesat berkembang.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]