KUALA LUMPUR, 10 Feb -- Industries Unite, gabungan 120 persatuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), institusi dan badan perdagangan Malaysia menggesa kerajaan menghentikan pelaksanaan kenaikan tarif elektrik sebanyak 18 peratus untuk semua pengguna bukan domestik berkuat kuasa serta-merta.
“Kami menggesa kerajaan untuk tidak menguatkuasakan kenaikan elektrik yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana ia akan mendorong dan menetapkan kadar inflasi lebih tinggi seperti sekarang ini.
“Di samping itu, ianya hampir tidak dapat dielakkan yang penguatkuasaan itu akan membebankan pengguna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ia berkata kerajaan sebaliknya harus mengumumkan kenaikan secara berperingkat iaitu sebanyak lima peratus setiap tahun pada 2022, 2023 dan 2024 dan memaklumkan secara umum tempoh masa pelaksanaan kenaikan tarif tersebut.
Gabungan itu berkata kerajaan juga perlu menubuhkan pasukan petugas industri bersama-sama dengan pihak berkepentingan industri bagi memantau kesinambungan perniagaan dan pertumbuhan industri di Malaysia.
Selain itu, ia berkata kerajaan perlu berkongsi langkah perundangan atau alternatif untuk industri meneroka penjimatan kos dan tenaga berserta langkah-langkah subsidi supaya ia tidak membebankan pasaran ekonomi secara amnya.
Pada 28 Januari, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan surcaj Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 3.7 sen per kilowatt jam bagi pengguna bukan domestik seperti industri dan komersial bagi tempoh Februari 2022 hingga Jun 2022.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]