Oleh Muhammad Basir Roslan
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Penggunaan pelbagai sumber bahan api dan pemberian subsidi telah membolehkan rakyat Malaysia berterusan menikmati kadar tarif elektrik antara terendah di rantau Asia Tenggara sejak sekian lama, meskipun sektor tenaga sentiasa ditekan oleh pelbagai faktor luaran dan dalaman.
Begitupun kenaikan luar jangka harga bahan api khususnya arang batu dan gas asli sejak penularan COVID-19, mewujudkan tekanan luar biasa sehingga menimbulkan tanda tanya sejauh mana daya tahan tarif elektrik negara.
Ini kerana hampir 93 peratus elektrik di Semenanjung Malaysia dijana menggunakan arang batu serta gas asli, dan pada masa ini harga arang batu dunia melonjak ke paras lebih US$200 setan serta dijangka terus meningkat berikutan krisis Ukraine-Rusia.
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) komited untuk terus bekerjasama dengan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bagi menggalakkan lebih banyak syarikat melaksanakan sistem pengurusan tenaga lestari melalui pensijilan Standard Emas Pengurusan Tenaga (EMGS).
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Schneider Electric mengumumkan rancangan pengembangannya dan pembukaan pusat operasi baharu di Taman Perindustrain Hicom-Glenmarie.
Oleh Muhammad Basir Roslan
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Penularan pandemik COVID-19 yang disusuli konflik Rusia-Ukraine mengakibatkan industri elektrik global terus berdepan krisis harga berikutan peningkatan mendadak harga bahan api fosil iaitu arang batu, gas asli dan petroleum.
Harga arang batu misalnya, kini mencecah lebih US$200 setan sementara harga minyak mentah dunia pula sudah melebihi paras US$113 setong - suatu keadaan yang akan terus mendorong kenaikan harga arang batu dunia berikutan peningkatan permintaan.
Lonjakan harga bahan api fosil, khususnya arang batu, menyebabkan industri elektrik negara menerima tempias dengan kos penjanaan elektrik kini meningkat 4.5 kali ganda. Ini kerana arang batu dan gas asli digunakan untuk menjana hampir 93 peratus bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia, dan kos penjanaan termasuk bahan api pula membentuk lebih 65 peratus daripada tarif asas elektrik.
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Syarikat usaha sama Scomi Group Bhd (SGB) Scomi SGSB Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan Skill Johor Sdn Bhd (SJSB) untuk membangunkan program penjanaan tenaga boleh diperbaharui (RE) di Kampus TVET SJSB di Johor.
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Samaiden Group Bhd, Samaiden Sdn Bhd (SSB) telah menerima surat anugerah daripada Heliosel Sdn Bhd (Heliosel) berhubung pembangunan loji fotovoltan solar SelfConsumption (SelCo) di Selangor.
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA) membantah langkah untuk mengurangkan atau menarik balik mandat biodiesel di Malaysia.
Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar & Mohamad Harith Mohamad Nizar
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Menjenguk ke kedai perkakasan dan peralatan elektrik, mungkin ramai menyedari kewujudan pelekat merah dengan jumlah bintang yang pelbagai di setiap produk.
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi) Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) Dr Abdul Rahim Harun dilantik sebagai Ketua Pengarah agensi itu berkuat kuasa 11 April lepas.
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Kerajaan berusaha untuk menyediakan akses selamat kepada air bersih dan sistem sanitasi yang mencukupi kepada 98 peratus rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan luar bandar dengan bantuan pihak berkepentingan lain dan menubuhkan Pusat Bersepadu untuk Data Air, Penyelidikan dan Pembangunan.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]