KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Schneider Electric mengumumkan rancangan pengembangannya dan pembukaan pusat operasi baharu di Taman Perindustrain Hicom-Glenmarie.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Jualan dan Operasi Perkhidmatan Lapangan Chan Jian Wen berkata pemulihan ekonomi Malaysia menawarkan peluang perniagaan baharu dalam pasaran pertumbuhan utama dengan potensi digital jangka panjang.
“Pusat operasi perkhidmatan baharu kami bertujuan untuk memudahkan perjalanan transformasi perniagaan melalui penyesuaian digital, simulasi dan pengoptimuman, terutamanya untuk perniagaan Malaysia yang memiliki kemudahan yang berusia.
“Syarikat akan berusaha ke arah menggandakan perkhidmatannya dalam tempoh empat tahun akan datang dengan 2022 sebagai perintis dalam menyediakan penyelesaian digital yang dipertingkat, perkhidmatan perundingan dan kontrak kepada perusahaan, menyelaraskan strategi pertumbuhan perniagaan yang berorientasikan digital Malaysia,” katanya.
Chan berkata dengan pembukaan pusat baharu itu, syarikat yakin dapat memberi nilai yang lebih baik untuk pelanggan mereka dalam memacu pengoptimuman digital yang berterusan.
Beliau menambah syarikat itu berhasrat untuk menggandakan perkhidmatannya dan meningkatkan jurutera perkhidmatan dan kakitangan operasi mereka sebanyak 60 peratus menjelang 2025.
“Bagi mencapai matlamat ini, kami akan memastikan pekerja kami dilengkapi dengan peralatan digital terkini dan menyediakan mereka latihan berterusan dalam kedua-dua kemahiran teknikal dan pengurusan.
"Kami juga akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Malaysia melalui pengambilan jurutera dan kakitangan operasi," kata Chan.
Sehubungan itu, orang ramai boleh melayari https://www.se.com/my/ untuk peluang kerjaya dan inisiatif lain oleh Schneider Electric.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]