KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Samaiden Group Bhd, Samaiden Sdn Bhd (SSB) telah menerima surat anugerah daripada Heliosel Sdn Bhd (Heliosel) berhubung pembangunan loji fotovoltan solar SelfConsumption (SelCo) di Selangor.
Kerja-kerja bagi kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM32.86 juta itu diterima oleh SSB pada 21 April 2022, manakala kelulusan Heliosel untuk mengumumkannya diperoleh hari ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Samaiden berkata loji fotovoltan solar SelCo itu terletak di loji rawatan air di Bestari Jaya, dan permulaan kerja-kerja bagi kontrak itu adalah pada 21 April 2022.
Kontrak itu akan disiapkan dalam tempoh tujuh setengah bulan dari tarikh permulaan, kata Samaiden yang merupakan kumpulan penyedia penyelesaian tenaga boleh diperbaharui (RE) dan persekitaran.
“Skop kerja EPCC termasuk penyiapan reka bentuk, pembuatan, ujian kilang, penghantaran ke tapak, latihan kakitangan dan tanggungjawab Heliosel semasa tempoh liabiliti kecacatan untuk projek, dan semua keperluan lain seperti yang diterangkan mengikut surat anugerah itu, ” katanya.
Heliosel dimiliki sepenuhnya oleh Air Selangor Holdings Bhd dan terlibat dalam pembangunan, pemasangan, operasi, dan penjualan kemudahan/penjanaan tenaga hijau serta penyediaan penyelesaian yang berkaitan dengan kecekapan tenaga.
-- BERNAMA
Oleh M. Saraswathi
DAVOS (Switzerland), 19 Jan (Bernama) - Petronas akan membangunkan cerapan yang diperoleh pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos dan seterusnya memacu agenda untuk penyelesaian yang boleh diambil tindakan dan pragmatik dalam peralihan tenaga untuk Asean di Energy Asia 2023 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Jun.
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Malaysia menggesa Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA) untuk terus menyokong agenda peralihan tenaga serantau berdasarkan keperluan tempatan dan realiti sosial.
KUCHING, 16 Jan (Bernama) -- Sarawak akan mempunyai kelebihan dalam pengeluaran sumber tenaga boleh diperbaharui (RE) keempat sekiranya kerjasamanya dalam projek RE hibrid baharu dengan syarikat antarabangsa terkemuka Shell untuk menghasilkan tenaga angin dan solar terbukti berjaya.
© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]