KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pembinaan projek loji janakuasa hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan yang berkapasiti 300 megawatt akan diteruskan oleh anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu TNB Power Generation Sdn Bhd (TPGSB).
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi jaminan bekalan elektrik di negara ini adalah berdaya harap dan stabil kerana kejadian gangguan bekalan mampu dipulihkan dalam tempoh segera.
KUCHING, 27 Julai (Bernama) -- Sarawak memberi fokus kepada penggunaan lebih banyak lagi kenderaan elektrik (FCEV-Fuel Cell Electric Vehicles) yang menjadikan hidrogen sebagai sumber tenaganya, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Hipni.
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- First Solar Inc akan membekalkan 93 megawatt (MW) panel solar filem nipis fotovoltaik (PV) termaju kepada Solarvest Holdings Bhd, dengan penghantaran dilakukan antara Julai dan Oktober 2022.
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kementerian Tenaga dan Sumber Asli akan mencadangkan kepada Jemaah Menteri mengenai pemberian subsidi bil elektrik secara bersasar untuk tempoh kitaran Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT) yang akan datang.
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Malaysia mengeksport 24.9 juta tan setahun (MTPA) gas asli cecair (LNG) pada 2021, menjadikannya kekal di kedudukan tahun sebelumnya sebagai pengeksport LNG kelima terbesar selepas Australia, Qatar, Amerika Syarikat dan Rusia, kata Persatuan Gas Malaysia (MGA).
Oleh Voon Miaw Ping
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Malaysia perlu mengurangkan pergantungannya kepada bahan api fosil dalam penjanaan elektrik, dan harus mempercepatkan usaha untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu (TBB).
PUTRAJAYA, 28 Jun (Bernama) -- Sebanyak 16 syarikat dan fasiliti serta enam kilang yang menyertai program Kecekapan Tenaga Malaysia dan Projek Aplikasi Solar Termal (MAEESTA) berjaya melakukan penjimatan tenaga sebanyak 351,055 megawatt per jam (MWh) bernilai RM26.2 juta setahun sejak 2018.
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) digesa untuk terus mempelbagaikan sumber gas dan arang batu bagi mengekalkan aliran tunainya dalam persekitaran kenaikan mendadak harga bahan api serta kos penjanaan elektrik, kata penganalisis.
PUTRAJAYA, 27 Jun (Bernama) -- Pengguna domestik kategori kediaman serta pengguna bukan domestik seperti komersial dan industri di Semenanjung Malaysia tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2022 melalui pelarasan tarif elektrik di bawah pelaksanaan mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT).
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]