PUTRAJAYA, 28 Jun (Bernama) -- Sebanyak 16 syarikat dan fasiliti serta enam kilang yang menyertai program Kecekapan Tenaga Malaysia dan Projek Aplikasi Solar Termal (MAEESTA) berjaya melakukan penjimatan tenaga sebanyak 351,055 megawatt per jam (MWh) bernilai RM26.2 juta setahun sejak 2018.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata MAEESTA, yang dikelolakan oleh Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO), adalah bermatlamat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dalam industri dengan menyokong dan menambahbaik kecekapan tenaga.
"Menggunakan teknologi termal solar juga sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara neutral karbon menjelang 2050,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sijil penghargaan UNIDO MAEESTA kepada pemain industri di sini hari ini.
Dr Adham berkata 16 fasiliti yang melaksanakan langkah kecekapan tenaga dan enam kilang yang memasang sistem termal solar itu turut berjaya mengurangkan jumlah pelepasan GHG sepanjang hayat sebanyak 995,554 tan.
Antara syarikat dan fasiliti yang terlibat dalam MAEESTA adalah Toyo Tires Malaysia Sdn Bhd, JB Cocoa Sdn Bhd, Mycron Steel Bhd, Hospital Ampang dan Pusat Jantung Sarawak.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]