Berita

First Solar bekal panel solar filem nipis PV termaju kepada Solarvest



KUALA LUMPUR, 21 Julai  (Bernama) -- First Solar Inc akan membekalkan 93 megawatt (MW) panel solar filem nipis fotovoltaik (PV) termaju kepada Solarvest Holdings Bhd, dengan penghantaran dilakukan antara Julai dan Oktober 2022.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, First Solar berkata modul itu akan menggerakkan empat projek yang sedang dibina sebagai sebahagian daripada program solar berskala besar di Malaysia, kerana mereka akan menggunakan modul First Solar Siri 6 untuk projek di Selangor, Perak dan Kedah.

"Kira-kira 75 MW daripada jumlah tempahan itu dijangka diperoleh daripada kemudahan pembuatan First Solar di Kulim, Kedah," kata kenyataan itu.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Solarvest, Davis Chong berkata penggunaan panel solar termaju itu akan menyerlahkan lagi kelebihan yang dibawa oleh penyelesaian kejuruteraan syarikat dari segi memaksimumkan hasil tenaga.

“Kami sangat teruja untuk menggunakan teknologi filem nipis First Solar, termasuk panel solar buatan Pulau Pinang, untuk melaksanakan projek kami di Malaysia.

 "Kombinasi ini sudah pasti akan meningkatkan daya saing projek kami," katanya.

Terutamanya memandangkan ketidaktentuan dalam rantaian bekalan global semasa, Chong berkata ia juga merupakan sebahagian daripada strategi Solarvests untuk mengurangkan risiko penggantungan berhubung dengan amalan pemerolehan, yang mana kepelbagaian sumber menggalakkan kestabilan yang lebih besar untuk mereka ketika mereka terus meningkat.

Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Global First Solar Adam Smith berkata perjanjian itu mewakili komitmen mereka untuk menggunakan teknologi modul berprestasi tinggi dan cekap ekonomi di Malaysia.

"First Solar telah lama berada di Malaysia dan kami berbangga bahawa teknologi modul kami akan memainkan peranan dalam membantu negara mencapai matlamat tenaga bersih," katanya.

Solarvest diasaskan pada 2012, mempelopori pemasangan solar bersambung dengan grid di Malaysia dan telah menghasilkan sekitar 400 MW di seluruh negara.

Sementara itu, First Solar telah ditubuhkan pada 2007, dan kini mengendalikan kilang pembuatan 3.3 gigawat di Pulau Pinang.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

TNB labur RM21 bilion dalam program grid masa depan

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang melabur sebanyak RM21 bilion dalam program Grid Masa Depan bagi tempoh 2022 hingga 2024 untuk meningkatkan ketersediaan dan kebolehpercayaan rangkaian penghantaran dan pembahagiannya.


Bajet 2023: Dasar tenaga negara yang menyeluruh perlu diwujudkan - Persatuan Penyelidikan Air & Tenaga

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Dasar tenaga negara yang komprehensif untuk memastikan parameter sosial, ekonomi dan alam sekitar dalam keadaan seimbang diperlukan, kata Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).


TNB sediakan penyelesaian tenaga pintar, tenaga boleh baharu kepada pelanggan NUR Power

KUALA LUMPUR, Sept 5 (Bernama) --Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan menyediakan penyelesaian tenaga pintar dan Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebagai sumber utama elektrik masa hadapan kepada para pelanggan N.U.R Power Sdn Bhd (NUR Power) di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kedah, serta lain-lain kawasan berlesen di bawah NUR Power.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2022 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]