Berita

Malaysia kekal pengeksport LNG ke-5 terbesar pada 2021



KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Malaysia mengeksport 24.9 juta tan setahun (MTPA) gas asli cecair (LNG) pada 2021, menjadikannya kekal di kedudukan tahun sebelumnya sebagai pengeksport LNG kelima terbesar selepas Australia, Qatar, Amerika Syarikat dan Rusia, kata Persatuan Gas Malaysia (MGA).

Memetik laporan tahunan ke-13 World LNG Report 2022 yang dikeluarkan oleh Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU) pada Rabu, MGA berkata eksport tahun lepas sebanyak 24.9 MTPA, meningkat sedikit daripada 23.9 MTPA pada 2020.

“Ini merupakan kira-kira 6.7 peratus daripada jumlah LNG yang didagangkan di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata Asia Pasifik kekal sebagai rantau pengeksport LNG terbesar, dengan 131.2 juta tan LNG telah dieksport  tahun lepas.

Sementara itu, MGA berkata Malaysia terus menjadi peneraju teknologi dalam pengeluaran gas asli cecair terapung (FLNG), yang menyaksikan Gas Asli Cecair Terapung Satu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) (PFLNG1) dengan kapasiti 1.2 MTPA dan Gas Asli Terapung Dua Petronas (PFLNG2) dengan kapasiti 1.5 MTPA yang beroperasi pada 2021.

“Pada akhir April 2022, hanya terdapat empat unit FLNG yang beroperasi di seluruh dunia, keputusan pelaburan akhir (FID) untuk FLNG ketiga Petronas dijangka dibuat menjelang akhir 2023,” katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]