KUALA LUMPUR, 3 Mac -- Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS) di Manjung, Perak menjadi stesen perintis projek ladang solar terapung Tenaga Nasional Berhad (TNB).
TNB dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan 288 panel solar fotovoltaik (PV) telah dipasang secara terapung di sebuah kolam abu bersaiz 175 hektar dengan kapasiti terpasang 105.12kWp bersamaan pengurangan 7.9 tan pelepasan karbon sebulan atau penyerapan karbon dioksida oleh 409 pokok.Tenaga elektrik yang dijana melalui sistem ini dapat menampung keperluan tenaga elektrik bagi 30 buah rumah.
Menerusi kenyataan itu, TNB berkata inisiatif penjanaan tenaga hijau itu merupakan usaha peralihan tenaga negara yang kini menjadi agenda utamanya melalui anak syarikat milik penuhnya TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) dalam hala tuju kelestarian.
"Kami (syarikat utiliti) memanfaatkan apa jua kawasan yang sesuai seperti kolam tempat pembuangan abu dasar di SJSAS untuk menjana tenaga daripada sumber suria dengan memasang PV terapung," menurut kenyataan itu.
TNB berkata projek yang menyokong aspirasi Reimagining TNB (RT) itu berpotensi menjadi ladang solar terapung yang dapat menjana tenaga elektrik sekurang-kurangnya 100MW.
Ketika ini, sebanyak 288 panel solar PV telah dipasang di kolam itu dengan kapasiti terpasang 105.12kWp bersamaan pengurangan 7.9 tan pelepasan karbon sebulan atau penyerapan karbon dioksida oleh 409 pokok. Tenaga elektrik yg dijana melalui sistem ini dapat menampung keperluan tenaga elektrik bagi 30 buah rumah.
"Ia juga sebahagian penyelesaian inovatif RT untuk mewujudkan pertumbuhan melalui sumber penjanaan masa hadapan bagi menangani perubahan iklim dan meningkatkan komitmen terhadap Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
"Penyelesaian tenaga mampan TNB yang lain termasuklah ladang solar berskala besar (LSS) dan panel solar atas bumbung," katanya.
TNB berkata ladang solar terapung yang menjimatkan penggunaan tanah dan aset mudah alih itu tidak menjejaskan ekosistem kolam berkenaan selain lebih mudah untuk diuruskan memandangkan proses penyejatan air akan beroperasi sebagai sistem penyejukan semula jadi.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]