Berita

ST terima Anugerah Khas PEMUDAH bagi penambahbaikan dalam bidang memperoleh elektrik

Source: Facebook

KUALA LUMPUR, 11 Mac -- Suruhanjaya Tenaga (ST) baru-baru ini menerima Anugerah Khas bagi Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), terhadap sumbangannya kepada penambahbaikan dalam bidang menperoleh tenaga elektrik.

ST dalam kenyataan hari ini berkata anugerah itu diberikan sempena ulang tahun ke-15 PEMUDAH, bagi memperakui dan mengiktiraf sumbangan ahli.

“Antara sumbangan ST termasuk kerjasama dengan PEMUDAH dan pihak industri untuk menyelesaikan isu kualiti tenaga seperti yang terbukti menerusi jumlah aduan pengguna yang tinggi. Hasil intervensi yang diterajui ST dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), jumlah aduan telah berkurangan 51 peratus,” menurut kenyataan itu.

“Selain itu dalam laporan ‘Doing Business Report 2020’, ranking Malaysia telah meningkat dengan ketara dalam kategori ‘Menperoleh Elektrik’ daripada kedudukan ke-59 pada 2012 kepada tempat keempat pada 2020. ST mengetuai pencapaian itu bersama-sama dengan TNB untuk memastikan operasi industri berjalan lancar,” tambahnya.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]