Senarai Berita

Serba Dinamik lantik syarikat bebas untuk menilai berkenaan audit

KUALA LUMPUR, 3 Jun -- Serba Dinamik Holdings Bhd telah melantik syarikat bebas untuk menilai kebenaran dan ketepatan yang dibangkitkan juruaudit luarnya dan akan melaporkan keputusan penilaian itu kepada jawatankuasa bebas yang ditubuhkan.


Serba Dinamik Holdings akan muktamadkan pelantikan firma bebas

KUALA LUMPUR, 31 Mei -- Serba Dinamik Holdings Bhd merujuk kepada laporan mengenai penamatan KPMG PLT sebagai juruaudit luar kumpulan dan cadangan pencalonan BDO PLT sebagai juruaudit luar yang baharu seperti yang diumumkan di Bursa Malaysia pada 28 Mei 2021. 


MSWG gesa pemegang saham Serba Dinamik undi tolak resolusi keluarkan juruaudit

KUALA LUMPUR, 29 Mei  -- Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti (MSWG) pada Sabtu menggesa semua pemegang saham minoriti Serba Dinamik Holdings Bhd supaya mengundi menolah resolusi yang mahu mengeluarkan KPMG PLT daripada menjadi juruaudit syarikat.


Allianz, Anora jalin kerjasama dengan Envision Digital, tawar perlindungan bagi aset solar

KUALA LUMPUR, 24 Mei -- Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd (Allianz) dan Anora Agency Sdn Bhd (Anora) telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Envision Digital International Pte Ltd (Envision Digital) untuk menawarkan pemilik perkhidmatan fotovoltaik solar (PV) perlindungan dan pemantauan menyeluruh untuk aset tenaga solar mereka.


Ranhill susun semula strategi perniagaan, kepentingan Hamdan & PAC akan naik kepada 46.83 peratus

KUALA LUMPUR, 11 Mei -- Ranhill Utilities Bhd bercadang untuk mengambil alih kepentingan dalam dua syarikat sejajar dengan matlamat pengembangan perniagaan dan strategi pertumbuhan untuk mempelbagaikan aliran pendapatannya dalam perniagaan lain dengan prospek yang baik untuk melengkapi perniagaan sedia ada.


Serba Dinamik hulur RM500,000 sumbangan Ramadan

KUALA LUMPUR, 10 Mei -- Bagi meraikan kemuliaan Ramadan tahun ini, Serba Dinamik Holdings Berhad menerusi Serba Care Team telah menyampaikan pelbagai sumbangan bernilai RM500,000, melalui cawangan operasinya.


Serba Dinamik rakan kongsi utama bagi Pavilion Malaysia di Ekspo Dubai 2020

KUALA LUMPUR, 10 Mei -- Serba Dinamik Holdings Bhd akan menjadi rakan kongsi utama bagi Pavilion Malaysia di Ekspo Dubai 2020 yang akan diadakan bermula 1 Okt 2021 sehingga 31 Mac 2022.


RTB raih projek pasang siap bernilai RM37 juta

KUALA LUMPUR, 4 Mei -- Anak syarikat milik penuh Rohas Tecnic Bhd (RTB), Rohas-Euco Industries Bhd (REI), menerima tempahan daripada Larsen & Toubro Ltd (L&T) untuk memasang siap projek menara penghantaran overhed 500 kilovolt dengan anggaran nilai RM37 juta.


17 pengimport LNG, 12 penghantar dapat lesen sertai pasaran TPA - MGA

KUALA LUMPUR, 4 Mei -- Sebanyak 17 pengimport gas asli cecair (LNG) dan 12 penghantar telah diberikan lesen oleh Suruhanjaya Tenaga untuk menyertai pasaran akses pihak ketiga (TPA), menurut Persatuan Gas Malaysia (MGA).


T7 Global dapat kontrak RM50 juta daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR, 4 Mei  -- Anak syarikat milik penuh T7 Global Bhd, Tanjung Offshore Services Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM50 juta daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. 




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]