Berita

FutureTalks pertama Petronas akan tumpu kepada peralihan tenaga



KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan membawakan pemimpin industri tempatan dan antarabangsa ke FutureTalks yang julung kali diadakan untuk menyertai siri perbincangan mengenai peralihan tenaga berikutan dunia beralih ke arah rendah karbon pada masa depan.

Sesi dialog selama dua hari dari 23 Nov, 2021 itu akan menyaksikan wakil dari kerajaan serta peserta industri, pelabur dan pereka membincangkan tema ‘Stewardship in Energy Transition’.

Mereka akan berkongsi pandangan dan perspektif mereka mengenai pelbagai topik kemampanan dalam persekitaran memacu peralihan tenaga, mengetengahkan peranan penting teknologi dan inovasi dalam perjalanan ini.

“Dalam peralihan kita ke arah tenaga mampan, dialog ini tepat pada masanya berikutan kita mencapai detik penting dalam perjalanan ke arah peralihan tenaga.

“Kami berharap peserta kami akan mendapat manfaat daripada perbincangan dan mendapat inspirasi untuk melindungi kemakmuran masa depan kita dengan membina dunia yang lebih bersih dan lebih baik untuk generasi akan datang,” kata Naib Presiden Kanan Bahagian Penyampaian Projek dan Teknologi Petronas Bacho Pilong dalam kenyataan hari ini. 

Turut serta dalam perbincangan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz serta pemimpin dari syarikat multinasional dan institusi. 

Petronas FutureTalks terdiri daripada enam perbincangan panel yang akan merangkumi topik seperti perubahan iklim, inovasi dan pendigitalan.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]