Berita

KeTSA rancang perkenalkan program tenaga boleh baharu



PUTRAJAYA, 30 Nov -- Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) merancang untuk memperkenalkan program baharu bagi memenuhi permintaan tenaga boleh baharu yang semakin meningkat dalam sektor korporat untuk memenuhi komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Menterinya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata ini adalah selari dengan agenda negara untuk menangani perubahan iklim dan memenuhi permintaan tenaga selain daripada mengurangkan pelepasan karbon.

Beliau berkata Malaysia juga melaksanakan langkah pengurangan kritikal bagi menambah baik keberkesanan tenaga, mengurangkan kebergantungan kepada arang batu dan meningkatkan keupayaan tenaga boleh baharu dalam adunan tenaganya.

Buat masa ini, katanya kira-kira 23 peratus daripada adunan tenaga Malaysia adalah menerusi sumber tenaga boleh baharu kerana penjanaan tenaga negara masih lagi banyak bergantung kepada sumber bahan api fosil.

“Justeru, ini memerlukan proses peralihan tenaga yang mana sumber tenaga yang boleh baharu, lebih efisien, bersih digunakan untuk menggantikan bahan api fosil,” kata beliau dalam ucapannya pada Forum Antarabangsa Mengenai Landskap Tenaga Sejagat (IFGE 2021) anjuran Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dekat sini, hari ini. 

Takiyudin berkata kerajaan juga komited untuk meningkatkan penjanaan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu menerusi Pelan Pembangunan Penjanaan Pembekalan Elektrik 2021-2039.

-- BERNAMA

 

 


 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]