KUALA LUMPUR, 24 Nov -- Sembilan syarikat korporat telah menyatakan komitmen untuk mendapatkan keperluan bekalan elektrik tenaga boleh baharu menerusi program Tarif Elektrik Hijau (GET) yang dilancarkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Selasa.
KeTSA dalam kenyataan hari ini memaklumkan sembilan syarikat itu ialah CIMB Bank Berhad, Dutch Lady Milk Industries Berhad, Nestle (Malaysia) Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Turut menyatakan komitmen untuk mendapatkan bekalan 31 peratus tenaga boleh baharu itu ialah Gamuda Berhad, HSBC Amanah Malaysia Berhad, MCIS Insurance Berhad, Opensys Malaysia Berhad dan Zurich General Insurance Malaysia Berhad.
Di bawah program GET yang akan bermula 1 Jan 2022, pengguna domestik dan industri di Semenanjung boleh memilih untuk beralih kepada penggunaan bekalan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu yang dijana daripada sumber loji jana kuasa solar dan hidro.
-- BERNAMA
PUTRAJAYA, 27 Jun (Bernama) -- Pengguna domestik kategori kediaman serta pengguna bukan domestik seperti komersial dan industri di Semenanjung Malaysia tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2022 melalui pelarasan tarif elektrik di bawah pelaksanaan mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT).
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Pengumuman kerajaan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung memberikan kelegaan kepada pengguna domestik yang secara tidak langsung membantu meringankan kos sara hidup mereka.
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai jenama minyak dan gas (O&G) paling kukuh dunia untuk tahun ketiga berturut-turut, demikian menurut laporan tahunan Brand Finance 2022 mengenai jenama paling bernilai dan kukuh bagi sektor itu.
© 2022 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) with 1920 x 1080 resolution
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, portal@bernama.com ]