Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii) CEO Datuk Ts. Madani Sahari
KUALA LUMPUR, 26 Nov -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah menjalinkan kerjasama dengan pengeluar komponen EP Manufacturing Bhd (EPMB) dan Pecca Group Bhd untuk membangunkan teknologi pengeluaran kenderaan elektrik (EV).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Madani Sahari berkata ramai pemain daripada industri automotif telah memberi respons positif terhadap seruan kerajaan untuk memacu sektor itu ke arah tenaga elektrik berikutan pengumuman insentif EV serta inisiatif mobiliti yang lebih hijau menerusi Belanjawan 2022 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
"Banyak perniagaan automotif telah menunjukkan minat mereka terhadap sektor baharu ini dan sedang mencari pelbagai kerjasama dengan kerajaan melalui agensi seperti MARii," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Madani, kerjasama MARii dengan EPMB akan menyaksikan pengeluar komponen itu menceburi pengeluaran dan penyetempatan EV dua roda dan empat roda, pembangunan rangkaian pengecasan termasuk aplikasi ekosistem penghantaran, yang akan digabungkan dengan sistem pembayaran elektronik.
"Sementara itu, Pecca akan bekerjasama dengan MARii untuk menawarkan produk yang lebih kompetitif kepada jenama global. Ini termasuk peningkatan kecekapan operasi proses perniagaan Pecca dengan mengintegrasikan sistem Industri 4.0," katanya.
Kedua-dua pihak telah bersetuju bagi meneroka pembangunan keupayaan pembuatan automotif untuk pelbagai bahagian kenderaan seperti EV, pemasangan tempatan dan ekosistem sokongan selepas jualan.
Madani berkata MARii juga telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) pada Ogos 2021.
"MoA ini merangkumi rancangan untuk menubuhkan 1,000 stesen pengecasan EV di seluruh negara menjelang 2025, sambil membangunkan aplikasi penghubung seperti e-pembayaran, pengesan pengecas, sistem pengurusan bateri dan rangkaian pusat servis untuk ekosistem pengecasan.
"Aktiviti pembangunan akan diselaraskan melalui Pusat Kecemerlangan EV bagi memastikan ekosistem pengecasan yang harmoni dan bersepadu yang mampu memenuhi permintaan pengguna e-mobiliti pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]