Berita

Program NESTI bakal laksana pembangunan dan pengkomersialan sistem storan tenaga



SHAH ALAM, 23 Nov  -- Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia (NESTI) akan dilaksana bermula tahun hadapan sebagai platform perintis dalam usaha negara membangunkan dan mengkomersialkan sistem penyimpanan tenaga untuk mobiliti elektrik, kegunaan di dalam sektor domestik dan industri serta penyelesaian mudah alih.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata peruntukan pembangunan khusus sebanyak RM2 juta pertama akan diberi untuk program tersebut yang diusahakan dalam tempoh dua tahun.  

Katanya NanoMalaysia merupakan agensi pelaksana dan pemantau yang dilantik bagi Dana Penyelidikan Strategik untuk program Enabling Mobility Electrification for Green Economy (EMERGE), bertujuan melengkapkan ekosistem teknologi tenaga boleh diperbaharui dan penyimpanan tenaga dengan penyertaan daripada industri, komuniti penyelidik dan pengguna akhir. 

"Program ini dijangka dapat menarik cadangan untuk mengatasi isu strategik nasional termasuk berkenaan teknologi tenaga lestari, mengembangkan rantaian nilai dan penciptaan perkhidmatan atau produk baharu dalam ekosistem teknologi yang mesra alam sekitar dan pengurangan penggunaan bahan api," katanya pada majlis pelancaran NESTI dan Kereta Lumba Elektrik Berkuasa Hidrogren (HyPER) di sini, hari ini. 

Dalam pada itu , Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Dr Rezal Khairi Ahmad berkata program NESTI akan mewujudkan 6,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam masa tiga tahun akan datang dengan kesan langsung projek-projek yang akan dilaksanakan bernilai sekurang-kurangnya RM150 juta.

"Ketika dunia berdepan dengan keperluan mendesak untuk memperoleh dan menyimpan tenaga boleh diperbaharui, program NESTI muncul tepat pada masanya. NanoMalaysia menyasarkan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang menghasilkan komponen dan sistem penyimpanan tenaga berteknologi tinggi untuk kegunaan domestik dan pasaran eksport," katanya. 

Mengenai HyPER, Dr Rezal Khairi berkata kereta lumba tempatan itu dibangunkan bertujuan menjadi platform pengesahan storan tenaga boleh diperbaharui dan aplikasinya untuk automotif.

"Kami menjangkakan ujian yang menyeluruh akan dilakukan pada tahun hadapan dengan disertai peserta industri yang berpotensi supaya dapat menembusi sektor automotif dengan pantas," katanya. 

--BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]