Datuk Ali Biju (File pix)
KUALA LUMPUR, 15 Nov -- Krisis tenaga global melibatkan pembekalan arang batu dan gas tidak menjejaskan sekuriti bekalan elektrik di Malaysia, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju.
Beliau berkata TNB Fuel Services Sdn Bhd sebagai pembekal arang batu kepada penjana kuasa bebas di Malaysia mempunyai kontrak jangka panjang bagi pembekalan arang batu dengan pihak pembekal manakala gas bagi penjanaan elektrik pula dibekalkan Petronas.
“Selain itu, sekuriti tenaga elektrik di Malaysia tidak terjejas memandangkan sektor penjanaan elektrik negara telah mempelbagaikan campuran bahan api.
“Ia bagi mengurangkan kebergantungkan kepada bahan api gas, arang batu dengan menggunakan sumber penjanaan tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan hidro,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang ingin tahu adakah sekuriti bekalan elektrik di negara ini terjejas dengan krisis tenaga global dan langkah diambil kerajaan mengenai isu tersebut.
Sementara itu, bagi memastikan sistem Grid Nasional kukuh dan stabil, Ali berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melaksanakan Projek Talian Penghantaran 500kV dari utara hingga selatan Semenanjung Malaysia yang akan menjadi tulang belakang sistem Grid Nasional.
Katanya pelaksanaan projek berkenaan akan mengoptimumkan penghantaran elektrik kepada pengguna di seluruh semenanjung dan memastikan pengguna elektrik mendapat bekalan yang berdaya harap.
Ali berkata kerajaan juga telah meluluskan Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Semenanjung bagi tempoh 20 tahun untuk memastikan bekalan elektrik di semenanjung sentiasa mencukupi.
Beliau juga memaklumkan kerjasama penghantaran elektrik Grid Kuasa ASEAN masih di peringkat permulaan dengan perbincangan serta libat urus masih sedang dijalankan pihak kementerian dan swasta.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]