Berita

GDEX guna motosikal elektrik pertama bagi kurangi pelepasan GHG

Credit: GDEX

KUALA LUMPUR, 16 Nov  -- GD Express Carrier Bhd (GDEX) telah memperkenalkan motosikal elektrik pertama sebagai sebahagian daripada inisiatif Go Green syarikat itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, GDEX berkata penggunaan kenderaan elektrik (EV) adalah sejajar dengan matlamat negara untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca (GHG) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45 peratus menjelang 2030 seperti yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Teong Teck Lean berkata logistik dan penggiat dalam perkhidmatan penghantaran memainkan peranan penting dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida dengan meneroka dan mengguna pakai lebih banyak penyelesaian hijau dalam operasi harian.

“Motosikal elektrik menandakan permulaan inisiatif hijau yang dimulakan oleh GDEX dan kami berharap untuk meneruskan kajian dan melaksanakan lebih banyak langkah lestari pada masa hadapan,” katanya.

Teong berkata kumpulan itu berterima kasih atas inisiatif kerajaan dalam Bajet 2022 untuk menyokong penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia, ia sudah pasti dapat menyokong perjalanan amalan lestari syarikat tersebut.

Selain itu, kumpulan itu berkata ia akan meneroka penggunaan basikal elektrik dan basikal roda tiga selepas ini yang akan memenuhi segmen lokasi yang berbeza seperti kawasan kejiranan.

-- BERNAMA

 

 


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]