Berita

Boustead, Sinohydro dari China meterai MoU bagi pembangunan projek solar berpotensi



KUALA LUMPUR, 18 Nov  -- Boustead Holdings Bhd (BHB) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Sinohydro Bureau 9 Co Ltd untuk mewujudkan asas kerjasama bagi pembangunan projek solar yang berpotensi.

Sinohydro adalah anak syarikat milik penuh Power Construction Corporation of China (PowerChina), sebuah syarikat berkaitan kerajaan China.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, BHB berkata di bawah MoU selama setahun itu, kedua-dua pihak akan meninjau potensi untuk membangunkan ladang solar berasaskan tanah dan solar terapung untuk meningkatkan tenaga boleh baharu negara, melalui penyertaan BHB dalam Solar Skala Besar dan Sinohydro sebagai kontraktor kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC).

MoU itu juga akan mengkaji potensi mewujudkan ekosistem kebebasan tenaga dengan perniagaan solar atas bumbung untuk bangunan komersial, kilang dan kediaman.

“Di bawah cadangan ini, BHB akan menjadi pembekal tenaga yang mempunyai hak untuk menjual elektrik kepada grid dan/atau secara terus kepada awam atau ruang komersial manakala Sinohydro akan menjadi rakan kongsi pembiayaan projek dan kontraktor EPC,” menurut BHB.

BHB berkata pihaknya ingin meneroka pembuatan solar dan kumpulan akan menjadi pengeluar untuk menghasilkan produk fotovoltaik dan Sinohydro akan bekerjasama sebagai rakan kongsi teknologi dan pemasaran strategik.

“BHB Group juga akan meneroka dengan Sinohydro dalam penyelesaian penyimpanan bateri solar dan membangunkan sisa kepada loji tenaga sebagai projek tenaga boleh baharu yang berpotensi.

“Selain itu, BHB Group akan meneroka dan mencadangkan kepada Sinohydro mengenai projek lain termasuk tetapi tidak terhad kepada pengairan dan pemuliharaan air, kereta api (dan kereta api bawah tanah), jalan raya, lapangan terbang, pembinaan perumahan, pembinaan infrastruktur bandar serta projek kejuruteraan awam dan pembinaan berskala besar,” katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]