Credit: edra.energy/photo-gallery
KUALA LUMPUR, 19 Okt -- Konsortium Edra Power Holdings Sdn Bhd dari Malaysia dan Winnievision Power Ltd dari Bangladesh (Edra-WPL) memperoleh kontrak untuk membina loji tenaga dengan kapasiti 660 megawatt di negara Asia Selatan.
Kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) untuk membina loji tenaga kitaran gabungan berasaskan gas asli cecair (LNG) itu telah diberikan oleh Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembelian Kerajaan (CCGP) Bangladesh baru-baru ini untuk membekalkan elektrik ke grid nasional, menurut akhbar Daily Sun Bangladesh.
Loji tenaga Bangladesh lebih memilih gas asli, menjana kira-kira 65 peratus daripada elektriknya menggunakan gas asli domestik sebagai sumber. Berdasarkan lapangan gas asli domestik yang berkurangan, kerajaan merancang untuk meningkatkan penggunaan LNG yang diimport.
Kapasiti penjanaan elektrik negara itu telah meningkat daripada sebanyak 5 gigawatt pada 2009 kepada 25 gigawatt pada 2021 untuk memenuhi permintaan terhadap elektrik yang terus meningkat di negara tersebut manakala akses kepada tenaga telah berkembang kepada hampir 95 peratus daripada jumlah penduduk.
Dilaporkan bahawa Bangladesh Power Development Board (BPDB) milik negara itu akan menjadi satu-satunya pembeli daripada loji tersebut untuk membekalkan elektrik ke grid nasional selama 22 tahun.
Edra Group, dengan dua loji tenaga turbin gas kitaran gabungan (CCGT), adalah pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Bangladesh.
Menurut sumber dari pejabat Edra di Dhaka, mempunyai aset baharu bermakna pekerja Edra dapat ditempatkan semula daripada asetnya yang tamat tempoh.
Komitmen Edra terhadap negara-negara ia beroperasi terbukti dalam operasi jangka panjang dan peranan aktif dalam pembangunan komuniti yang menyaksikan wujudnya peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]