Berita

USM jalin kerjasama laksana projek sediakan sistem pencucian solar

Credit: Higher Education Ministry

NIBONG TEBAL, 26 Sept  -- Universiti Sains Malaysia (USM) menjalin kerjasama dengan syarikat Voltake Energy Services Sdn Bhd untuk melaksanakan projek menyediakan sistem bagi meningkatkan kadar pencucian solar panel yang dimiliki oleh syarikat agar tidak memakan masa lama dengan kos lebih efektif terhadap penggunaan tenaga kerja.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata jumlah dana yang diperuntuk bagi projek itu ialah RM60,000 menerusi geran Rangkaian Penyelidikan Awam Swasta (PPRNuntuk tempoh selama 12 bulan.

"Saya hari ini telah menyerahkan surat pemakluman pelaksanaan projek PPRN kepada syarikat Voltake Energy Services Sdn Bhd bagi melaksanakan projek Pembersihan Panel Suria Mudah Alih Berasaskan IoT Separa Automatik yang disesuaikan.

"Projek yang diketuai oleh penyelidik USM Profesor Madya Dr Mohamad Aizat Abas itu diharap dapat menyediakan sistem bagi meningkatkan kadar pencucian solar panel yang dimiliki oleh syarikat kerana proses pencucian solar panel dilakukan secara manual dan memakan masa yang lama serta tidak kos efektif terhadap penggunaan tenaga kerja,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis penyerahan surat pemakluman itu kepada syarikat terbabit di Nibong Tebal di sini.

Noraini berkata pembangunan sistem itu bertepatan dengan objektif PPRN iaitu inisiatif inovatif yang mengetengahkan model kerjasama strategik antara industri dan akademia untuk meningkatkan produktiviti serta mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui program inovasi yang berpacukan permintaan.

Beliau berkata Kementerian Pengajian Tinggi berharap selepas projek itu berakhir pada tahun depan, prototaip ataupun peralatan pencucian panel solar ini mampu dikomersialkan dalam skala besar.  

“Mungkin juga suatu hari nanti kita mampu melihat syarikat Voltake Energy Services Sdn Bhd dapat membangunkan sendiri prototaip ataupun peralatan pencucian tersebut dan memberi peluang kepada pelajar USM untuk melakukan latihan industri di syarikat itu dan seterusnya memberi peluang pekerjaan kepada mereka,” katanya.

  Noraini juga berkata pada tahun ini, USM berjaya memperoleh tiga geran PPRN dengan dua projek lagi membabitkan pembangunan sistem dalam mengautomasikan proses kerja di syarikat terbabit.  

“Justeru dengan pemberian geran PPRN ini kepada pihak syarikat dan USM, ia diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang kepada pemain industri lain untuk turut sama memohon geran PPRN pada tahun depan serta merancakkan semula ekonomi negara dan membuka peluang pekerjaan kepada graduan universiti,” katanya.

-- BERNAMA

 

 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]