Berita

Handal Energy akhiri penurunan enam tahun catat keuntungan bersih bagi tahun kewangan 2021



KUALA LUMPUR, 25 Ogos -- Handal Energy Bhd kembali meraih keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2021, buat pertama kalinya sejak tahun kewangan 2016, merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM227,000 berbanding kerugian bersih RM25.28 juta dalam tempoh yang sama setahun lalu.

Hasil, bagaimanapun, susut kepada RM73.69 juta berbanding RM87.34 juta.

Penyedia penyelesaian dan penyedia tenaga kepada industri minyak dan gas itu mencatatkan pendapatan asas sesaham 0.10 sen daripada kerugian sesaham 11.57 sen.

Pengarah Urusan Kumpulan Sunildeep Dhaliwal berkata kumpulan mencatatkan prestasi yang amat baik dan disokong oleh kedudukan kewangan kukuh apabila berjaya mengakhiri kerugian selama enam tahun yang mana ia merupakan bukti kukuh keberkesanan strategi pemulihan perniagaan pengurusan.

“Prestasi kewangan kami tahun ini membuktikan kemajuan pemulihan kewangan Handal. Kami berbangga usaha kami semasa tahun kewangan ini kini membuahkan hasil, dibantu oleh proses kecemerlangan operasi kumpulan sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan kami yang membawa kejayaan meskipun cabaran global disebabkan oleh pandemik,” katanya. 

Pada masa depan, Handal kekal menumpukan untuk melaksanakan pelan yang akan memastikan kemampanan perniagaan dan keuntungan dengan lebih banyak tender projek yang sedang dalam perancangan.

“Kami tetap yakin dan berazam untuk meneruskan usaha kami untuk menambah baik keuntungan kami pada suku-suku akan datang,” kata Sunildeep.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]