Berita

Unit Solarvest peroleh projek LSS bernilai RM175 juta di Perlis



KUALA LUMPUR, 1 Sept -- Unit milik penuh pakar tenaga bersih Solarvest Holdings Bhd, Atlantic Blue Sdn Bhd (ABSB), memperoleh projek solar berskala besar (LSS) bernilai RM175 juta di Chuping, Perlis daripada Classic Solar Farm Sdn Bhd.

Solarvest dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata di bawah kontrak tersebut, ABSB akan melakukan kerja kejuruteraan utama, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasi (EPCC) bagi ladang solar 50-megawatt (MW).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Davis Chong Chun Shiong berkata dengan kejayaan ini, nilai perolehan kontrak syarikat yang belum dibil telah meningkat kepada RM583 juta - berkemungkinan satu daripada nilai perolehan kontrak EPCC solar terbesar di Malaysia setakat ini.

“Projek ini dijangka menjadi jana kuasa tenaga solar terbesar di Perlis. Penjanaan tenaga bersih akan mengimbangi kira-kira 78,450 tan karbon dioksida setiap tahun selepas dilaksanakan,” katanya.

Chong berkata pada masa ini, kumpulan itu secara kolektif membida projek bernilai kira-kira 1.000 megawatt puncak (MWp) di Malaysia, Taiwan dan Filipina.

Pada masa hadapan, kumpulan itu kekal optimis terhadap prospek industri walaupun terjejas seketika disebabkan kenaikan harga bahan mentah, berikutan pertambahan projek loji janakuasa berskala besar swasta dan aliran masuk pelaburan.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]