Berita

HEP Bakun mulakan operasi pelepasan air secara terkawal pada 8 Sept



KUCHING, 4 Sept -- Sarawak Energy akan memulakan operasi pelepasan air bermusimnya secara terkawal dari kawasan tadahan di hulu Loji Hidroelektrik (HEP) Bakun pada 8 Sept, yang akan berlanjutan selama lima minggu, sehingga paras airnya kembali normal.

Syarikat utiliti negeri itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan paras air di kawasan tadahan Bakun dikawal dengan melepaskan sejumlah air melalui pelimpah berpagar.

“Prosedur terkawal ini dikendalikan secara bermusim selepas mendapat kebenaran daripada Lembaga Sungai Sarawak dan komuniti setempat dimaklumkan sekurang-kurangnya dua hari sebelum pelepasan air berjadual dilakukan.

“Sepanjang tempoh ini, jumlah air dilepaskan serendah mungkin dengan menyeimbangkan kawasan tadahan air di hulu dan paras air sungai di hilir bagi meminimumkan impak terhadap daerah di hilir,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]