KUALA LUMPUR, 20 Ogos -- Anak syarikat KPower Bhd (KPower) dan Advancecon Holdings Bhd telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) fotovolta solar berskala besar dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, KPower berkata anak syarikat 95 peratus miliknya, PKNP KPower Suria Sdn Bhd (PKSSB) akan mereka bentuk, membina, memiliki, mengendalikan dan menyelenggara kemudahan penjanaan tenaga fotovolta solar dengan kapasiti 50 megawatt, arus ulang alik (MWac) di Pekan, Pahang di bawah pusingan keempat program solar berskala besar Suruhanjaya Tenaga.
“Perjanjian itu mengawal obligasi PKSSB dan TNB untuk menjual dan membeli tenaga yang dihasilkan kemudahan itu kepada TNB selama 21 tahun daripada tarikh operasi komersial sesuai dengan syarat dan terma yang telah dipersetujui,” katanya.
Katanya perjanjian itu dijangka tidak memberi sebarang kesan material serta-merta kepada pendapatan, aset bersih, modal saham dan pemegangan saham utama pemegang saham syarikat, namun akan mempunyai kesan positif terhadap pendapatan KPower pada masa depan.
Dalam makuman berasingan, Advancecon Holdings Bhd berkata anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, LSS TPG Sdn Bhd (LSS) akan mereka bentuk, membina, memiliki, mengendalikan dan menyelenggara kemudahan penjanaan tenaga fotovolta solar dengan kapasiti 26 MWac di Kuala Langat, Selangor untuk dihubungkan kepada rangkaian pengagihan voltan sederhana TNB di Teluk Panglima Garang, Selangor.
“Output tenaga bersih yang dihasilkan kemudahan ini dan akan diberikan kepada TNB selama 21 tahun daripada tarikh operasi komersial mengikut syarat dan terma yang ditetapkan dalam perjanjian itu,” menurutnya.
Katanya perjanjian itu dijangka tidak memberi sebarang kesan material kepada pendapatan dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2021.
Kemudahan itu dijangka memulakan operasi komersial pada 30 Nov 2023 dan akan menyumbang secara positif kepada pendapatan Advancecon pada masa depan, katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]