Senarai Berita

HLB perkenal pembiayaan solar PKS HLB untuk PKS

KUALA LUMPUR, 22 Feb -- Hong Leong Bank (HLB) telah memperkenalkan 'HLB SME Solar Financing' iaitu kemudahan pembiayaan tenaga hijau yang dibangunkan khas untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia yang ingin memasang sistem solar fotovolta (PV) berskala kecil.


Adakah kita telah bersedia ke arah penggunaan tenaga RE dan tenaga bersih?

Oleh M. Saraswathi

KUALA LUMPUR, 21 Feb  -- Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) tidak dinafikan merupakan tenaga masa depan dalam penggunaan dan campuran tenaga dan topik ini hangat diperdebatkan bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia kerana ia memerlukan dasar, infrastruktur dan pembiayaan yang sesuai dan bertepatan.


SPG sedia salur 1,440MW bekalan elektrik kepada grid nasional menerusi dua CCGT - TNB

KUALA LUMPUR, 19 Feb  -- Southern Power Generation Sdn Bhd (SPG) bersedia menyalurkan 1,440 megawatt (MW) bekalan elektrik kepada grid nasional menerusi dua loji Turbin Gas Kitaran Bergabung (CCGT), masing-masing berkapasiti 720MW.


Keuntungan bersih GTB melonjak 68 peratus kepada RM91.16 juta pada 2020

KUALA LUMPUR, 18 Feb  -- Keuntungan bersih Greatech Technology Bhd (GTB) meningkat 68 peratus kepada RM91.16 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 daripada RM54.27 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.


Coastal Contracts meterai perjanjian bagi pembinaan loji di Mexico

KUALA LUMPUR, 18 Feb  --Coastal Marine Pte Ltd milik penuh Coastal Contracts Bhd dan rakan usaha sama Mexico, Grupo Empresarial Alfair SAPI de CV (Alfair) telah memperoleh kontrak bernilai RM258.7 juta untuk membina loji pemprosesan ‘gas sweetening’ di Mexico.


Cara-cara jimat elektrik sewaktu cuaca panas

KUALA LUMPUR, 18 Feb -- Cuaca panas yang dijangka berterusan hingga bulan depan boleh menyebabkan penggunaan elektrik yang tinggi, oleh itu Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengeluarkan panduan bagi menjimatkan tenaga elektrik di waktu cuaca panas. 


Linde bina loji baharu bernilai RM28 juta di Muar

KUALA LUMPUR, 18 Feb -- Linde Malaysia hari ini mengumumkan ia telah menyiapkan dan memulakan loji baharu di Muar, Johor untuk membekalkan nitrogen gas ketulenan tinggi.


Uzma peroleh dua lesen daripada Suruhanjaya Tenaga untuk import LNG

KUALA LUMPUR, 17 Feb -- Uzma Bhd, menerusi anak syarikat milik penuhnya Uzma Engineering Sdn Bhd memperoleh dua lesen daripada Suruhanjaya Tenaga bagi mengimport gas asli cecair (LNG) untuk pengegasan semula serta lesen penghantaran bagi mengangkut atau mengedar gas asli di Malaysia. 


Plus Solar lihat peluang ubah pemikiran terhadap tenaga boleh diperbaharui

KUALA LUMPUR, 17 Feb -- Pandemik telah menyebabkan kekangan terhadap penggiat tenaga boleh diperbaharui (RE) menjalankan perniagaan dan kini dianggap sebagai cabaran terbesar yang dihadapi oleh sektor tersebut.


Petronas : Pengeluaran sulung gas tingkatkan potensi pelaburan Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Feb  -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah mengesahkan pengeluaran gas sulung dari medan Rotan dan Buluh di Blok H, luar pantai Sabah pada 6 Feb lepas, meningkatkan lagi, potensi pelaburan petroleum di Malaysia.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]