Berita

Internet satelit MySurFi mula digunakan di daerah Jeli



KUALA LUMPUR, 21 Julai  -- Perkhidmatan penyambungan capaian Internet melalui teknologi satelit MySurFi, yang pertama seumpamanya di Kelantan mula digunakan di daerah Jeli, semalam.

Bahagian Teknologi Angkasa,  Serba Dinamik  Group Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan program Khidmat Sosial Masyarakat Internet Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi menggunakan satelit itu dilaksanakan syarikat kejuruteraan  Serba Dinamik  bersama sebuah syarikat penyedia perkhidmatan berkaitan satelit dan telekomunikasi, Mosyawa Sdn Bhd.

Program itu juga merupakan hasil kerjasama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Ahli Parlimen Jeli.

Menurut kenyataan itu, program tersebut akan memberikan capaian Internet percuma selama enam bulan dalam tempoh negara berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Sekolah Kebangsaan (SK) Lawang di Jeli merupakan lokasi pertama dipilih bagi pemasangan Internet satelit di Kelantan sebelum fasa komersial dimulakan di serata daerah di negeri itu.

Menurut Mustapa, perkhidmatan MySurFi amat penting kerana terdapat keperluan bagi penyediaan capaian akses Internet di kawasan yang tidak mendapat capaian Internet fiber atau Internet selular di Malaysia seperti SK Lawang.



Sementara itu, Guru Besar SK Lawang Hassan Che Awang berkata Internet bukan lagi suatu pilihan tetapi keperluan yang utama ketika ini terutamanya sepanjang proses Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah berlangsung.

Hassan ketika mengadakan perbualan video menggunakan aplikasi ‘Google Meet’ secara langsung menerusi perkhidmatan MySurFi bersama Mustapa menyatakan kesungguhan beliau untuk membuka kawasan sekolah kepada pelajar yang masih berada di luar kawasan liputan, sementara perkhidmatan MySurFi diperluaskan setelah tamat fasa percubaan dan ujian di kawasan itu.

Seorang tenaga pengajar di SK Lawang Samsiah Zainal Abidin pula menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kerana program tersebut membantunya untuk berhubung menerusi Internet di pagi Aidiladha dengan adik kesayangannya di Kedah yang tidak dapat merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman.

Terdahulu menurut kenyataan itu, seminggu sebelum fasa pemasangan MySurFi,  Serba Dinamik  dan Mosyawa Sdn Bhd turut mengambil peluang menyantuni masyarakat di sekitar Kg Lawang bagi memberi penerangan berhubung perkhidmatan Internet satelit.

Selain itu, wakil  Serba Dinamik  Care Team turut bersama-sama mengagihkan bantuan tanggungjawab sosial korporatnya kepada keluarga yang memerlukan.

-- BERNAMA

 

 




    Berita Lain-lain

Sapura Energy peroleh kontrak RM1.2 bilion di Malaysia, Thailand

KUALA LUMPUR, 21 Julai -- Sapura Energy Bhd berjaya memperoleh kontrak serta lanjutan kerja dengan nilai keseluruhannya RM1.2 bilion yang meliputi segmen kejuruteraan dan pembinaan (E&C), operasi dan penyelenggaraan (O&M) serta penggerudian di Malaysia dan Thailand.


Sarawak Energy, Pestech meterai perjanjian teroka tenaga alternatif boleh diperbaharui

KUCHING, 17 Julai -- Sarawak Energy Berhad (Sarawak Energy) menandatangani perjanjian dengan Pestech International Bhd melalui anak syarikatnya Pestech Energy Sdn Bhd untuk bekerjasama dalam projek penyelidikan bagi mencari penyelesaian tenaga alternatif yang bersih untuk menggantikan penjana diesel atau penyelesaian penyimpanan tenaga berasaskan kimia lain yang sebahagian besar digunakan pada elektrifikasi di luar bandar.


Kerajaan akan lancar Dasar Tenaga Negara tidak lama lagi, kata Mustapa

KUALA LUMPUR, 15 Julai  -- Kerajaan akan melancarkan Dasar Tenaga Negara tidak lama lagi sebagai panduan kepada pembangunan sektor tenaga Malaysia, terutamanya dalam peralihan industri kepada masa depan rendah karbon, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2021 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Best viewed in Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) with 1920 x 1080 resolution

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, portal@bernama.com ]