Berita

Singapura rasmi pembukaan ladang solar terapung terbesar dunia

Photo: Sembcorp

Oleh Massita Ahmad

SINGAPURA, 14 Julai -- Ladang Solar Terapung Sembcorp Tengeh Singapura dipercayai satu daripada sistem fotovolta (PV) solar terapung terbesar dunia, dibuka secara rasmi di Tengeh Reservoir hari ini.

Mempunyai keluasan 45 hektar bersamaan 45 padang bola sepak, ladang solar PV itu mampu menjana sehingga enam juta kiloWat-jam tenaga menerusi 122,000 panel suria.

Pada 10 Februari 2020, Agensi Air Kebangsaan Singapura PUB telah melantik Sembcorp Industries untuk merangka, membina, dan mengendali projek itu. 

“Melalui ladang solar terapung ini, satu lagi langkah ke hadapan PUB demi mencapai kelestarian tenaga dalam rawatan air. Sumber tenaga solar yang banyak, bersih dan hijau menjadi keutamaan PUB dan Singapura untuk  mengurangkan pelepasan karbon dioksida,” kata Ketua Eksekutif PUB, Ng Joo Hee, dalam satu kenyataan.

Tenaga elektrik dihasilkan ladang solar tersebut mencukupi bagi menggerakkan lima loji rawatan air tempatan, mengimbangi keperluan tenaga tahunan PUB sekitar 7.0 peratus dan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida.

Ia bersamaan dengan bekalan tenaga untuk 16,000 flat empat bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan mengurangkan pelepasan karbon sekitar 32 kiloton setiap tahun, sama seperti mengurangkan 7,000 kereta di jalan raya. 

“Sembcorp Tengeh Floating Solar Farm umpama permata dalam portfolio kami. Sebagai perintis kepada sistem tenaga boleh baharu tempatan, Sembcorp mempunyai lebih 3,300 megawatt aset tenaga boleh baharu di seluruh dunia.

"Kami komited dan mempunyai rekod prestasi dan kompetensi, untuk menyokong Rancangan Hijau Singapura," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sembcorp Industries Wong Kim Yin.

Pembinaan sistem PV solar terapung itu bermula Ogos 2020.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]