Berita

Anak syarikat Malakoff meterai enam projek solar baharu dengan Kumpulan DRB-HICOM



KUALA LUMPUR, 13 Julai -- Anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, Malakoff Radiance Sdn Bhd, selesai memeterai enam perjanjian pembelian tenaga solar (SPPA) bagi membangunkan sistem panel tenaga solar atas bumbung dengan syarikat di bawah Kumpulan DRB-HICOM.

Malakoff dalam satu kenyataan hari ini berkata SPPA itu melibatkan syarikat cabang pembuatan dan kejuruteraan DRB-Hicom iaitu CTRM Aero Composites Sdn Bhd, HICOM Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd, Isuzu HICOM (M) Sdn Bhd, HICOM Teck-See Manufacturing Sdn Bhd, HICOM Bhd dan Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd.

Kemudahan solar itu akan dipasang di bawah kontrak bina-milik-kendali-pindah sebagai sebahagian daripada tempoh 25 tahun SPPA tersebut.

“Sebaik sahaja siap, kemudahan itu dijangka menjana 18,836 megawatt jam (MWj) tenaga elektrik bersih setahun. Ini akan secara kolektif meneutralkan sekitar 13,072 tan pelepasan karbon setahun daripada industri pembuatan,” katanya.

Malakoff berkata ia baru-baru ini memperoleh projek solar atas bumbung lain dengan  AEON Co (M) Bhd, Northport (Malaysia) Bhd, Johor Port Bhd dan Pos Malaysia Bhd. 

“Semua projek ini jika digabungkan, dengan kapasiti keseluruhan 25,444 kWp (kilowatt peak), akan menjana 33,243 MWj setahun dan meneutralkan 23,070 tan pelepasan karbon setahun,” katanya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata syarikat itu berada di landasan yang tepat untuk merebut peluang dalam sektor tenaga boleh diperbaharui kerana projek ini merupakan satu lagi kejayaan dalam pengembangan segmen solar atas bumbung.

"Kami memiliki kapasiti dan kemampuan untuk meneruskan kerjasama dan usaha sama dengan mana-mana entiti perniagaan untuk sistem solar atas bumbung.

"Sebagai penggiat utama dalam sektor pengurusan tenaga dan sisa, pelanggan dan rakan kongsi kami mempercayai kemampuan kami untuk membantu mereka mencapai agenda mereka dalam menangani pelepasan karbon," katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]