Berita

Techfast kini dikenali sebagai Fast Energy



KUALA LUMPUR, 4 Ogos -- Syarikat pembuatan komponen Techfast Holdings Bhd (Techfast) kini dikenali sebagai Fast Energy Holdings Bhd (Fast Energy) susulan daripada langkah penjenamaan semula untuk mencerminkan strategi korporat yang baharu kumpulan tersebut.

Syarikat yang tersenarai di Pasaran ACE itu berkata kumpulan itu secara aktif berusaha untuk memperluaskan jejaknya di sektor tenaga dengan meneroka peluang dalam tenaga yang boleh diperbaharui dan langkah dilakukan baru-baru ini adalah cerminan kepada pencapaian utama penglibatannya dalam pasaran tenaga.

"Kami mahu memanfaatkan permintaan tenaga alternatif terutama daripada organisasi yang ingin meningkatkan prestasi Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) mereka menerusi peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui," kata Pengarah Eksekutif Kumpulan, Vincent Tan Wye Chuan.

Sebagai sebahagian daripada pelannya, Fast Energy telah menggabungkan anak syarikat milik penuhnya, Fast Solar Sdn Bhd untuk meningkatkan prospek dalam industri tenaga diperbaharui yang berkembang pesat, khususnya tenaga solar.

Kegiatan utamanya yang dimaksudkan meliputi pelaburan dalam projek solar serta reka bentuk, pembinaan, operasi dan perdagangan produk berkaitan dengan solar.

Pada bulan Mac, 2021, Fast Energy telah mempelbagaikan perniagaannya dalam perdagangan petroleum dan pengisian minyak.

Setakat ini, ia telah memperoleh beberapa kontrak untuk menghantar minyak bahan api marin kepada pelanggannya yang bernilai RM4.2 bilion.

Sementara itu, kumpulan ini dalam proses untuk melupuskan anak syarikat milik penuhnya, Techfast Precision Sdn Bhd (TPSB), berikutan permintaan produknya semakin menurun termasuk peralatan seperti skru dan nat yang tidak digunakan lagi disebabkan kepada kemajuan teknologi dalam proses pembuatan komputer dan televisyen.

Pelupusan yang dicadangkan itu akan mengumpulkan hasil berjumlah RM6.1 juta tunai serta mengurangkan kos operasi kumpulan.

"Kami juga mencadangkan terbitan hak dua belian dengan waran percuma dengan hasil yang berpotensi dijana sehingga RM109.1 juta. Suntikan modal ini akan memperkukuhkan lembaran imbangan syarikat dan memberi kami fleksibiliti kewangan untuk mencatat pertumbuhan pada masa depan,” katanya. 

Ketika berita ini ditulis, harga saham Fast Energy turun 0.5 sen kepada 24.5 sen di Bursa Malaysia.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]