Berita

Serba Dinamik lancar internet satelit MySurFi di Larut, Perak



KUALA LUMPUR, 2 Ogos -- Perkhidmatan Internet Satelit MySurFi kendalian syarikat kejuruteraan  Serba Dinamik  Group Bhd (SDGB) bersama Mosyawa Sdn Bhd yang telah dilaksanakan di Melaka dan Kelantan kini diperkenalkan di Larut, Perak.

MySurFi merupakan program khidmat sosial masyarakat (CSR) Internet jalur lebar berkelajuan tinggi menggunakan satelit bagi memberikan capaian internet percuma selama enam bulan semasa pandemik, kata  Serba Dinamik  dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan Kumpulan  Serba Dinamik  Datuk Dr Ir Ts Mohd Abdul Karim Abdullah berkata aktiviti CSR sebegini adalah sangat unik berbanding program CSR lain yang dijalankan oleh SDGB.

"Pemasangan MySurFi hanya mengambil masa kurang dua minggu dari tarikh tinjauan mula di tapak yang dipilih, manakala spesifikasi peralatan yang dipasang pula adalah menepati piawaian yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia," katanya.

Menurut SDGB, selain perkhidmatan internet percuma, syarikat ini turut menyumbang keperluan semasa dan bantuan kepada keluarga terkesan akibat pandemik COVID-19 ini.

"Inisiatif ini juga diterajui oleh Bahagian Teknologi Angkasa Kumpulan  Serba Dinamik  dan CARE Team.

"Dengan inisiatif ini, Mosyawa dan  Serba Dinamik  amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bersama membantu pihak kerajaan dalam merealisasikan hasrat bagi memberi perkhidmatan jalur lebar ini secara menyeluruh di kawasan yang tiada capaian internet," katanya.

Ketua Pengawai Eksekutif Mosyawa, Mohd Syakirin Che Aziz berkata pelaksanaan MySurFi adalah sejajar dengan kemajuan teknologi semasa yang mana penggunaan satelit ini sudah tidak asing lagi.

"MySurFi sudah menghala ke arah itu dalam memberi perkhidmatan jalur lebar yang berpatutan dan berkelajuan tinggi.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]