IPOH, 1 Sept -- Pemasangan panel solar fotovoltaik (PV) di bumbung bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini mampu memberi penjimatan hingga RM2.5 juta penggunaan bil elektrik kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi tempoh 21 tahun kontrak menerusi Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE).
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata pemasangan panel solar itu yang siap sepenuhnya pada hujung Julai lepas merupakan projek pertama MBI dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan anak syarikat TNB, GSPARX Sdn Bhd (GSPARX).
"Penggunaan panel solar PV ini mampu menjimatkan sejumlah RM47,964 bil elektrik pada tahun pertama projek.
"Ini merupakan projek pertama MBI berkaitan dengan penggunaan tenaga solar dan selepas ini akan diperluaskan di bangunan lain milik MBI seperti di Stadium Perak, Stadium Indera Mulia dan Kompleks Kolam Renang," katanya pada sidang media selepas meninjau projek berkenaan di bangunan UTC di sini hari ini.
Rumaizi berkata pemasangan solar PV itu secara tidak langsung mampu merealisasikan hasrat MBI untuk menjadikan Ipoh sebagai bandar raya pintar dan rendah karbon keempat negara menjelang 2030.
Sementara itu, Ketua Runcit TNB Perak Ir Mohd Azhar Abd Rashid berkata pihaknya sedia membantu pihak berkuasa tempatan di negeri ini untuk pemasangan solar bagi membantu mengurangkan kadar karbon bil elektrik.
"Kita ada beberapa penyelesaian untuk menjimatkan penggunaan elektrik di bangunan-bangunan kerajaan dan satu daripadanya adalah pemasangan tenaga solar di bumbung di bangunan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]