Berita

JAKS, Qhazanah Sabah rancang bangunkan loji tenaga solar, hidro



KUALA LUMPUR, 8 Julai -- Anak syarikat milik penuh JAKS Resources Bhd, JAKS Solar Power Sdn Bhd dan Qhazanah Sabah Sdn Bhd (QSSB) merancang untuk bekerjasama bagi membangunkan loji tenaga solar dan hidro di Sabah. 

QSSB merupakan cabang pelaburan kerajaan negeri Sabah.

Kedua-dua syarikat telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini untuk kerjasama tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif JAKS Andy Ang Lam Poah berkata kerjasama itu akan meningkatkan peluang kedua-dua pihak dalam mengembangkan operasi perniagaan mereka dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

“Dengan memanfaatkan pengalaman dalam sektor tenaga, terutamanya dengan pembinaan dan pembangunan loji jana kuasa termal arang batu JAKS Hai Duong di Vietnam dengan kapasiti agregat sebanyak 1,200 megawatt.

“Kami yakin kerjasama dalam projek tersebut akan membuahkan hasil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ang, loji jana kuasa JAKS Hai Duong telah siap enam bulan lebih awal dan beroperasi sepenuhnya sejak Januari 2021.

JAKS turut disenarai pendek untuk projek tenaga solar LSS4 berskala besar di Malaysia, penglibatan pertamanya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

Saham syarikat itu ditutup hari ini pada 46.5 sen, turun 1.5 sen.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]