KUALA LUMPUR, 6 April -- Serba Dinamik Group Bhd hari ini mengumumkan kerjasama dengan Membrane Technology (M) Sdn Bhd (MTMSB), syarikat sampingan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dalam pembangunan teknologi membran lanjutan bagi rawatan air dan air sisa serta hemodialisis.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata perkongsian itu akan membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dalam pembuatan teknologi membran bagi projek rawatan air dan air sisa yang akan menjadi penyelesaian bagi masalah gangguan air.
''Projek ini dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sebelum dikomersialkan.
"Sekarang ini, kemudahan pembuatan membran berskala industri ini sedang dibangunkan di Pasir Gudang, Johor,'' katanya dalam satu majlis pemeteraian perjanjian secara maya hari ini.
Memorandum persetujuan itu ditandatangani antara Abdul Karim dan Naib Canselor UTM Prof Datuk Ahmad Fauzi Ismail yang mewakili MTMSB.
Sementara itu, Ahmad Fauzi berkata permintaan terhadap rawatan hemodialisis telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini pada kadar yang membimbangkan dan kerjasama untuk membangunkan rawatan hemodialisis di dalam negara akan membantu menangani keperluan itu.
''Di Malaysia, hospital dan pusat hemodialisis mendapatkan bekalan rawatan daripada pengedar tempatan yang berbeza, yang mengimport rawatan hemodialisis dari Jerman dan Jepun.
''Oleh itu, kami telah memulakan penyelidikan dan pembangunan membran merah jambu untuk rawatan hemodialisis pada 2015," katanya.
Tambah Ahmad Fauzi, membran gentian serat yang dibuatnya mempunyai sifat pemisahan dan anti mendapan yang sangat baik yang berpotensi disertakan dalam rawatan hemodialisis.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]