Berita

Unit Greatech dapat pesanan pertama bateri Li-ion di AS



KUALA LUMPUR, 5 April -- Greatech Technology Bhd menerusi unitnya, Greatech Integration (USA) Inc berjaya memperoleh pesanan pertama di Amerika Syarikat (AS) daripada pelanggan kenderaan elektrik (EV) baharu bagi pengeluaran bateri jenis litium-ion(Li-ion).

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Isnin, kumpulan itu berkata pesanan baharu yang diperoleh enam bulan selepas penubuhan unit itu, turut memaparkan keyakinan pelanggan terhadap teknologi, kualiti serta kebolehpercayaan peralatan berteknologi tinggi keluarannya.

“Pasaran EV sedang menyaksikan evolusi pantas menerusi perkembangan dalam sektor automotif di rantau Afrika Utara, Eropah dan Asia Pasifik.

“Kalangan penggubal dasar di rantau terbabit memainkan peranan penting dalam usaha transformasi industri pengangkutan,” kata Greatech.

Pada Disember 2020, anak syarikatnya telah memperoleh kemudahan berpajak di Michigan, AS, yang merangkumi gabungan ruang kira-kira 16,000 kaki persegi dan telah berpindah lokasi tersebut pada pertengahan Februari lepas.

Setakat ini, kumpulan tersebut mempunyai pelanggan dalam segmen tenaga solar, semikonduktor, simpanan tenaga serta industri sains hayat.

Menyentuh prospek Greatech, ia menjangkakan perkembangan sektor simpanan tenaga yang positif pada tahun ini berdasarkan jumlah pesanan yang diperoleh setakat ini serta kemajuan dicatatkan oleh Greatech Integration.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]