KUALA LUMPUR, 18 Mac -- Petronas berjaya menetapkan harga untuk nota tranche tunggal berjangka tujuh tahun bernilai AS$600 juta (AS$1=RM4.13).
Nota itu ditetapkan pada harga 85 mata asas (bps) melebihi Perbendaharaan AS tujuh tahun untuk menghasilkan 2.112 peratus. Tawaran itu mendapat banyak permintaan daripada pasaran menerusi proses penetapan harga, menggambarkan keyakinan pasaran terhadap pengukuhan kredit Petronas berikutan penarafan semasa A2 oleh Moody’s, A- oleh S&P dan BBB oleh Fitch, katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Terbitan itu merupakan bon korporat pertama yang diterbitkan oleh anak syarikat milik penuhnya, Petronas Energy Canada Ltd (PECL).
Hasil akan digunakan oleh PECL untuk membiayai aktiviti pembangunan dan pengeluaran yang berterusan, pembiayaan semula hutang dan untuk tujuan korporat dan am. PECL memberi tumpuan kepada pembangunan dan pengeluaran minyak dan gas asli di Kanada.
Nota berkenaan dijangkakan selesai pada 23 Mac 2021 dan akan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong. BofA Securities bertindak sebagai penyelaras global tunggal bersama-sama Citigroup, HSBC dan ScotiaBank sebagai penyelaras bersama.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]