KUALA LUMPUR, 18 Mac -- Industri minyak dan gas Malaysia berada dalam kitaran pemulihan tahun ini, dengan beberapa sektor dalam kalangan industri ini dijangka mencatat pemulihan secara beransur-ansur seperti kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, pemasangan dan pentauliahan (EPCIC), kata AmInvestment Bank Bhd.
Bank pelaburan itu berkata peningkatan EPCIC akan didorong oleh beberapa aktiviti, termasuk pemasangan saluran paip yang kian meningkat iatu sebanyak 4.2x berdasarkan kepada asas 266 hari pada tahun 2023 berbanding 64 hari pada 2021 memandangkan lebih banyak projek pembangunan adalah terikat dengan platform atau kemudahan pemprosesan sedia ada.
"Penutupan telaga meningkat kepada 18 tahun ini daripada 15 pada tahun 2020 dan bertambah menjadi 24 pada tahun 2022 dan seterusnya kepada penyingkiran 51 konduktor, dua pelampung dan satu platform tetap," katanya dalam catatan penyelidikan pada hari Khamis.
AmInvestment Bank berkata pada masa ini, 56 peratus daripada 350 kemudahan Petronas beroperasi melangkaui jangka hayat rekabina aset, 38 peratus daripada 750 saluran paip sementara 45 peratus daripada 3,000 telaga dalam keadaan tidak beroperasi dengan lebih daripada 500 telaga dijangka dipasang secara kekal menjelang 2030.
Dalam pada itu, bank pelaburan ini turut maklum bahawa platform perkhidmatan bersepadu Sapura Energy Bhd berada pada kedudukan yang baik untuk mendapatkan tugasan ini memandangkan kapal pemasangan berat kumpulan itu yang kurang digunakan pada masa ini, sementara Barakah Offshore Petroleum Bhd yang pernah menjadi peserta EPCIC masih dalam status PN17.
Ia menambah permintaan kapal yang lebih tinggi untuk menyokong penggerudian dan projek, meningkat kepada 172 tahun ini daripada 141 pada tahun 2020 dan ini seharusnya dapat menyokong pengendali seperti Icon Offshore Bhd, Perdana Petroleum Bhd dan Alam Maritim Resources Bhd.
"Namun begitu, angka itu masih mewakili 33 peratus penurunan daripada perancangan awal untuk tahun 2020 iaitu 256 kapal meskipun Petronas mengutamakan kapal tempatan. Bagaimanapun, keperluan kapal untuk menyokong operasi pengeluaran agak sama tahun ke tahun iaitu 131 kapal tahun ini,” kata AmInvestment Bank.
Ia menambah jumlah pelantar dijangkakan meningkat semula menjadi 22 pada tahun 2021 daripada 14 pada separuh kedua tahun 2020 berikutan kejatuhan harga minyak dan perintah kawalan pergerakan.
"Walaupun ini di bawah unjuran awal 26 pelantar bagi tahun 2020, kami menjangkakan Velesto Energy Bhd akan menyaksikan peningkatan penggunaan aset menjelang separuh kedua tahun ini," kata AmInvestment Bank.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]