Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz
KUALA LUMPUR, 23 Mac -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) terus optimis terhadap potensi minyak dan gas yang kukuh dan sentiasa berusaha untuk mewujudkan situasi pelaburan yang kondusif.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata syarikat minyak nasional itu kini mempunyai 13 blok yang ditawarkan dalam Pusingan Bidaan Malaysia 2021 yang dilancarkan baru-baru ini.
Beliau berkata pusingan bidaan itu merangkumi tawaran blok yang inovatif, pilihan bidaan yang fleksibel, tempoh eksplorasi dua fasa serta akses dan ketelusan data.
“Dengan lebih 20 bilion tong minyak belum ditemui, Malaysia menawarkan landasan rizab yang berpotensi besar,” katanya dalam ucaptama pada Persidangan Teknologi Petroleum Antarabangsa (IPTC) Ke-13 yang diadakan secara maya hari ini.
Tengku Muhammad Taufik berkata Petronas telah mengumumkan hasratnya untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 pada tahun lepas, aspirasi yang diyakini akan memastikan kumpulan berada di landasan untuk menjadi “rakan tenaga dan penyelesaian yang progresif meningkatkan kehidupan untuk masa depan yang lestari”.
Beliau berkata syarikat minyak nasional itu bergerak ke hadapan dalam landasan pemulihan dengan menjadikan teknologi sebagai instrumen yang membolehkan perbezaan dibuat, digitalisasi pemacu dan data sebagai asetnya serta elemen ini akan memainkan peranan penting dalam memberikan pandangan untuk membangunkan operasi dengan lebih cekap, berhemat dan kemas.
Bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga yang semakin meningkat, Tengku Muhammad Taufik berkata Petronas kini perlu membangunkan dan melaksanakan pelbagai bentuk tenaga dan teknologi.
“Tenaga boleh diperbaharui sahaja tidak akan dapat memenuhi permintaan terhadap tenaga yang semakin meningkat dengan pertumbuhan penduduk dan ekonomi yang berkembang, kami menjangka untuk menyaksikan pasca pemulihan, terutamanya di Asia. Terdapat masalah yang perlu diselesaikan dengan kemajuan teknologi bateri,” katanya.
Dianjurkan oleh Petronas dan dihoskan secara bersama oleh Mubadala Petroleum dan Schlumberger, IPTC secara maya itu bertemakan, “Progressive Collaboration and Innovative Solutions: Shaping the Future of Energy” bermula hari ini hingga 1 April, menghimpunkan lebih 3,000 profesional tenaga.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]