Berita

Sarawak Energy peneraju utama kurangkan pelepasan karbon negara



Oleh Robert Kenneth Henry

KUCHING, 4 Mac -- Sarawak Energy Bhd akan menjadi peneraju utama dalam mengurangi intensiti pelepasan karbon negara sebanyak 45 peratus menjelang 2030 dan sebagai memenuhi komitmen Perjanjian Paris Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-21 (COP 21), kata Pengerusi Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi kepada Bernama.

Ini boleh direalisasikan, memandangkan loji janakuasa hidroelektrik yang terbesar di Sarawak telah mengurangkan intensiti karbon untuk penjanaan kuasa sebanyak 68 peratus dari 2011 hingga 2019. 

''Projek hidroelektrik Sarawak seperti Bakun, Murum, Batang Ai dan akhirnya Baleh dikira dalam sasaran tenaga boleh diperbaharui Malaysia sebanyak 31 peratus menjelang 2025 dan 40 peratus pada 2035.

"Ketika kami bersama semua pihak berkepentingan kami bergerak ke hadapan dalam membina masa depan tenaga yang mampan, kami akan terus melabur dalam penyelidikan, teknologi serta inovasi bagi memajukan agenda tenaga hijau Sarawak," katanya pada majlis pemeteraian lembaran terma antara Syarikat SESCO Bhd, subsidiari Sarawak Energy dengan Malaysia LNG Sdn Bhd, sebuah unit Petronas hari ini.

Selain berjaya mentauliahkan kilang pengeluaran hidrogen bersepadu pertama di Asia Tenggara dan stesen pengisian semula di Kuching pada 2019 di bawah projek yang dibiayai kerajaan Sarawak, Sarawak Energy juga menyasarkan untuk mempunyai kira-kira empat peratus fotovoltaik solar (PV) dalam gabungan penjanaan tenaganya menjelang 2030, berikutan rancangan bagi mentauliahkan loji tenaga solar terapung pertamanya di empangan Batang Ai.

Menurut Abdul Hamed lagi, Sarawak Energy turut memperkenalkan pensijilan tenaga boleh diperbaharui (REC) pertama di Sarawak untuk membolehkan penyertaan yang lebih besar daripada syarikat-syarikat dalam masa depan tenaga yang lebih lestari agar mereka mendapatkan 100 peratus elektrik daripada sumber yang boleh diperbaharui dan meningkatkan pengambilan serta integrasi tenaga yang boleh diperbaharui.

Sebagai cabang tenaga kerajaan Sarawak, visi korporat dan model perniagaan Sarawak Energy direka bagi menerajui peralihan kepada masa depan tenaga yang mampan di peringkat nasional dan serantau.

"Kami agak teruja apabila Kerajaan Malaysia kini mengiktiraf kuasa hidroelektrik yang besar sebagai sebahagian daripada gabungan penjanaan tenaga boleh diperbaharui di negara ini.

Beliau ketika mengulas mengenai perjanjian tersebut berkata Sarawak Energy akan membekalkan 90 megawatt elektrik ke Kompleks LNG Malaysia di Tanjung Kidurong, Bintulu untuk tempoh 20 tahun bermula Mac 2024.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]