Oleh S. Kisho Kumari
KUALA LUMPUR, 11 Mac -- Aimflex Bhd merancang mempelbagaikan operasinya ke segmen minyak dan gas, automotif dan perubatan dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan automasi pembuatannya.
Timbalan Pengarah Urusannya Emma Yazmeen Yip berkata kumpulan itu optimis dengan langkah pempelbagaian tersebut untuk mempunyai portfolio pelanggan yang lebih seimbang.
“Susulan penubuhan segmen penyelidikan dan pembangunan tahun lepas, kami berharap dapat mencapai pelan pempelbagaian itu dalam tempoh beberapa tahun lagi,” katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran penjenamaan semula korporat Aimflex, hari ini
Kumpulan itu, yang sebelum ini dikenali sebagai i-Stone Group Bhd, tersenarai di bawah Aimflex Bhd di Bursa Malaysia, berkuat kuasa 25 Feb, 2021.
Selain itu, Emma berkata kumpulan tersebut juga memanfaatkan perniagaan digital dengan mengkhususkan dalam automasi, pengurusan data, pembangunan sistem dan penyelesaian aplikasi untuk membina aliran kerja yang pintar dan mampan.
“Kami sedang mengusahakan segmen-segmen ini bagi membantu syarikat mempunyai operasi yang selamat dan kos yang efisien.
“Ini sejajar dengan momentum aliran meningkat transformasi digital, terutamanya sejak penularan pandemik COVID-19,” katanya.
Pengarah Urusannya Rebecca Tee Sook Sing berkata Aimflex merancang membuka pejabat di Filipina sebaik sahaja pandemik itu dapat dikawal kelak kerana ia mempunyai empat jurutera yang menumpukan kepada pelanggan di negara tersebut.
Setakat 31 Dis, 2020, katanya, kumpulan itu telah menggunakan RM23 juta daripada jumlah hasil RM39 juta yang diperoleh daripada tawaran awam permulaannya, manakala bakinya akan digunakan dengan sewajarnya dalam tempoh dua hingga empat tahun akan datang bagi memanfaatkan perniagaan.
Sementara itu, pada majlis tersebut, Pengerusi Eksekutifnya Datuk Awang Daud Awang Putera mengumumkan Aimflex akan menggunakan nisbah pembayaran dividen sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keuntungan selepas cukai yang boleh diagihkan kepada pemilik Aimflex bagi setiap tahun kewangan, tidak termasuk sebarang pendapatan tidak direalisasi daripada pelarasan yang disebabkan dasar perakaunan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]