Berita

Shell sewa 10 kapal tangki minyak mentah baharu, digerakkan enjin LNG



KUALA LUMPUR, 11 Mac  -- Shell hari ini menandatangani perjanjian untuk menyewa 10 pengangkut minyak mentah besar (VLCC) baharu yang digerakkan enjin bahan api duaan gas asli cecair (LNG).

Kapal tangki itu merangkumi empat yang disewa daripada Advantage Tankers, tiga daripada AET dan tiga daripada International Seaways Inc.

“Kesemua 10 kapal itu akan dibina di Korea Selatan oleh Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering, yang pertama beroperasi mulai 2022 dan akan disewakan kepada Shell untuk tempoh tujuh tahun,” kata syarikat minyak dan gas antarabangsa itu dalam kenyataan bersama hari ini.

Ketua Perkapalan dan Maritim Global Shell, Grahaeme Henderson berkata enjin utama dan reka bentuk kapal yang dipilih menunjukkan kapal tangki ini mempunyai slip metana terendah dan kecekapan bahan api tertinggi termasuk purata penggunaan bahan api yang kurang 20 peratus berbanding kapal eko VLCC di perairan.

Pesanan ini dijangka menjadikan kapal LNG bahan api duaan global berjumlah 475, menandakan satu lagi langkah penting terhadap kapal bahan api LNG yang diramalkan dua kali ganda di perairan menjelang 2023 berikutan pemilik kapal memberi respons kepada saranan pelanggan untuk memilih teknologi terbersih yang ada pada masa ini.

“Komitmen signifikan ini akan menyaksikan Shell mencapai kejayaan penting baharu bagi penyahkarbonan kapal kami dengan purata 50 peratus daripada kapal tangki minyak mentah kami pada carter masa yang digerakkan enjin LNG bahan api sebaik sahaja beroperasi.

“Ini merupakan tindakan segera bagi menangani bahan buangan daripada sektor ini dan menggunakan LNG di samping membangunkan pilihan bahan api sifar bahan buangan yang akan memberikan perbezaan ketara terhadap pengeluaran kumulatif,” katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]