Berita

Serba Dinamik raih kontrak bernilai RM408.8 juta di India, Indonesia



KUALA LUMPUR, 9 Mac --  Serba Dinamik  Holdings Bhd, penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu global, telah memperoleh dua projek operasi dan penyelenggaraan (O&M) dan tiga projek teknologi, maklumat dan komunikasi  (ICT) di India dan Indonesia melalui anak syarikatnya.

Dalam satu kenyataan hari ini,  Serba Dinamik  berkata kontrak bernilai RM408.8 juta itu diperoleh oleh unit milik penuhnya, SDIT International Ltd dan  Serba Dinamik  Sdn Bhd; anak syarikat 75 peratus miliknya, PT  Serba Dinamik  Indonesia dan syarikat bersekutu 49 peratus miliknya, Serba2C India Pvt Ltd.

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata kontrak itu menandakan keupayaan syarikat yang kukuh untuk mendapatkan lebih banyak projek dalam perniagaan ICT dan bukan minyak dan gas.

“Projek ICT di India menunjukkan usaha kami yang bersungguh-sungguh untuk menguasai transformasi digital di samping meningkatkan dan mengekalkan kecekapan teras kami dalam projek O&M di Malaysia dan Indonesia.

“Projek-projek ICT ini akan meningkatkan kemunculan pasaran kami di India, selain daripada projek Penyelesaian Pintar untuk pembangunan Bandar Pintar dan Selamat,” katanya lagi.

- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]