Berita

TNB jangka raih pendapatan lebih baik tahun ini berbanding tahun lepas - Pengerusi

Datuk Seri Mahdzir Khalid

KUALA NERANG, 7 Mac -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangka mampu memperoleh pendapatan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas walaupun negara masih berdepan dengan situasi penularan pandemik COVID-19.

Pengerusinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tahun lepas pendapatan TNB mengalami penyusutan berbanding 2019 antaranya disebabkan oleh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama.

“Penggunaan elektrik rendah pada bulan April, Mei dan Jun tahun lalu semasa pelaksanaan PKP, banyak sektor ekonomi tidak beroperasi, semua kedai, hotel dan kilang perlu ditutup berikutan pandemik COVID-19.

“Bila semuanya ditutup, tidak ada penggunaan elektrik di premis-premis, yang ada cuma di rumah kerana masa itu semua orang perlu duduk di rumah dan ini telah memberi kesan kepada pendapatan TNB,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena Program Ceria Ke Sekolah TNB, di sini, hari ini.

 Mahdzir berkata, walaupun pendapatan TNB secara keseluruhan merosot tahun lepas, namun syarikat itu terus komited menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Hari ini, lebih kurang 4,000 pelajar di Kedah menerima sumbangan menerusi program ini yang mana setiap pelajar akan menerima RM100,” katanya.

Menurutnya, TNB memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi melaksanakan program CSR di seluruh negara pada tahun ini.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]