Berita

Petronas, Sarawak Energy jalin kerjasama hasilkan tenaga lebih bersih

Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari (left) witnessing the signing of a Power Purchase Agreement between Syarikat SESCO Bhd and Malaysia LNG Sdn Bhd at Wisma Bapa Malaysia in Petra Jaya

KUCHING, 4 Mac  -- Kerjasama antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dengan Sarawak Energy Bhd adalah sebahagian daripada usaha berterusan syarikat minyak dan gas nasional itu untuk menyediakan tenaga yang mampan dan bersih.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata wujud keperluan bagi mengubah landskap tenaga boleh diperbaharui dengan sumber tenaga yang lebih bersih dan boleh diperbaharui kerana ia akan mendapat permintaan.

"Kerjasama ini merupakan kejayaan jalinan kerjasama yang kukuh antara Petronas dan Sarawak Energy," katanya pada majlis menandatangani terma perjanjian antara Syarikat SESCO Bhd milik penuh Sarawak Energy dan anak syarikat Petronas Malaysia LNG Sdn Bhd.

Upacara menandatangani perjanjian itu yang disaksikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, menandakan komitmen Sarawak Energy untuk membekalkan elektrik sebanyak 90 megawatt ke kompleks Gas Asli Cecair Malaysia di Tanjung Kidurong, Bintulu selama 20 tahun bermula Mac, 2024.

Muhammad Taufik berkata terma perjanjian itu menunjukkan komitmen kukuh yang dibuat oleh kedua-dua pihak melalui memorandum persefahaman yang ditandatangani November lepas bagi meneroka menghasilkan hidrogen hijau.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]